Sunday, February 27, 2011

My big boss

Hari jumaat yang baru nie, tiba-tiba je big boss tempat aku buat praktikal tu datang dari Kuala Lumpur. Aku pun buat biasa jelah, takkan nak buat luar biasa pula kan… Dia datang tengah hari selepas lunch hour. Syarikat tenang jugalah hari tu, yalah semua tidak dibenarkan keluar buat inspection hari tu. Tapi, adalah seorang kakitangan atau nama lain dia pekerja tetap nie, tak masuk kerja. Entahlah, mana dia pergi malas aku nak ambil tahu.

Big boss syarikat tempat aku buat praktikal nie gelaran datuk tau. Alaa…bukan datuk yang ada cucu tu tapi datuk pangkat. Dia masuk je dalam pejabat terus dia pergi tengok2 semua tempat dalam pejabat. Adalah dia masuk dalam bilik tempat aku duduk. Aku pun bangunlah, sekali dia hulur tangan pula. Dalam nak tak nak aku pun sambutlah, dalam hati aku cuma anggap dia nie macam atuk-atuk aku je. Hehehe…

Lama jugalah dia duduk dalam pejabat tu, dari pukul 4 sampai pukul 5 petang. Bila dia keluar je, mulalah kakak2 dan abang senior aku tu buat agenda dia. Alaaa…macam aku jugalah, bila dia balik je dah mula nak cerita apa yang berlaku…atau nama lain buat kesimpulan sendirilah. Kelakar je tengok senior2 aku nie…Oh ya, aku tak join diorang ok. Tak kuasa aku nak join…tapi aku tumpang dengar je…hehehe…

Ha, bila nak balik tu…sempat pula abang senior aku tu cakap “nak balik dah ke, ke balik dengan datuk? Datuk dah tunggu tu kat bawah.” Emm…sabar jelah dengan senior aku nie. Kalau ikut hati nak je aku menjeri dekat dia biar dia tersentap kejap. Hehehe…

Oh ya, aku sukalah dengan cara datuk tu. Sangat perihatin dan mengambil berat terhadap semua pekerja bawahan dia sampaikan office boy kat pejabat aku tu pun dia layan baik je. Suka3x…nie yang rasa nak terus kerja dekat syarikat tu je lepas habis belajar dekat u nanti. Satu lagi, aku mula terfikir yang aku nak sambung ambil lesen untuk valuer ar lepas habis belajar nie. Emm…untuk sambung master tu, mungkin tidak kut sebab dengan adanya lesen tu aku bolehlah buka syarikat sendiri.

Secebis nota dinding: Aku akan cuba buat yang terbaik untuk assignment kali ini dengan adanya bantuan daripada kakak dan abang senior aku. “Senior…tolong I ya…sayang senior lebih…..”hehehe….

Tuesday, February 8, 2011

Aku telah jatuh hati...

Oh tidakkkkkk………….

Aku rasa, aku dah mula suka dekat dialah. Sejak kali pertama aku lihat dia, aku terus suka dekat dia. Hari-hari tengok muka dia pun rasa tak jemu malah lagi suka adalah. Muka punyalah kacak, bergaya pula tu…tinggi, smart…sempurnalah….. Aku nak tujukan lagu nie khas buat dia…Tajuk lagu nie Pujaan Malaya sebab aku tau ramailah gadis-gadis Malaya diluar sana yang suka pada dia lepas tengok muka dia. Lagu nie bukan aku yang cipta dan bukan aku yang nyanyi, miming pun bukan… Aku Cuma nyanyi dalam hati je sebab kalau aku nyanyi live nanti habis semua artis-artis lain tak dapat cari makan sebab…….(sila sambung ayat ini)

Pujaan Malaya oh oh oh uuu
Kau pujaan hmmm aiyaiayaai
Pujaan uuuuuuuu

Hati…Dihantu bayanganmu
Rindu…Termimpi tiap waktu
Ow ow woh

Cinta…Bercampur curiga
Kerna…Kau satu-satunya
Pujaan Malaya

Hei sayangku
Akulah pemujamu
Sampai bila-bila
Cintaku kan berbunga

(ai yai yai yai)

Chorus
Tiada…Apa dapat menghalang
Tiada…Kau aku gila bayang
Tiada…Cintamu ku tak senang
Cemburu…Resahku tak menentu
Dirimu…Segalanya sempurna
Oh kanda…Sungguh aku tergoda
Pujaan Malaya

This aint no lie
Hari ke hari ku ternanti-nanti
Cintamu tidak terbanding
Nyata tiada setanding
Walau ku rentas benua
Terbentang luas angkasa
Tak seluas cintaku
Come on my baby
Let’s get it on

Terbang…Cintamu buatku layang
Renyuk…Resah bila kau pujuk
(Ow ow woh)
Mama…Bilang jangan ku percaya
Lelaki…Akan memuja hanya pada mulanya

Nasib kita
Bukan semua sama
Tapi ku kan sedia
Agar tak merana

Tiada…Apa dapat menghalang
Tiada…Kau aku gila bayang
Tiada…Cintamu ku tak senang
Cemburu…Resahku tak menentu
Dirimu…Segalanya sempurna
Oh kanda…Kau Pujaan Malaya

Cemburu
Ai yai yai yai
Resahku tak menentu
Dirimu…Pujaan Malaya

Sungguh ku tergoda
Bahagia

Inilah dia Pujaan Malaya...





Emm...berdua lebih baik


Pesanan tuan rumah: Gambar semuanya aku dapat waktu aku pergi (melancong ke korea) search dekat google. Aku ambil gambar tu lepas tu aku (print banyak-banyak tampal dalam bilik) edit sikit-sikit...hehehe....
Bestnya kalau dapat boyfriend macam nie mesti semua orang jealous dengan akukan...khakhakha...







Tahun Baru Cina...

Salam semua... salam satu malaysia...

Setelah hampir seminggu aku cuti semperna tahun baru cina akhirnya aku kembali semula ke tempat kerja. Sebenarnya tak sampai seminggu pun cuti adalah dalam 6 hari...kalau tambah satu hari barulah genap seminggu...

Hari pertama kerja selepas naik cuti tahun baru cina rasanya macam hari pertama datang kerja. Aku datang macam biasa taklah awal sangat dan tak lewat sangat. Sampai-sampai je kat tempat kerja aku tengok pintu pejabat masih belum buka. Adalah dalam 20 minit juga tunggu dekat luar nak tunggu boss datang bawa kunci. Dah tahu pegang kunci boleh pula dia datang lambat...ish ish ish...

Kemarahan aku pada boss akhirnya reda setelah sampul merah dihulurkan kepadaku. Wah...boss bagi aku angpau. Gila excited nak buka sebab aku tengok dari luar sampul tu macam RM50...tapi bila buka agak hampa juga ar... rupa-rupanya dalam tu hanya ada RM5 je.... Punyalah kedekut boss aku nie...

Untuk kali keduanya aku ikut kak yan pergi inspection. Mula-mula berdebar juga sebab ingatkan dia nak pergi inspection dekat Muar, rupa-rupanya dekat telok mas je...nasib baik, kalau tak dah tentu pukul 7 malam baru aku sampai rumah...

Oh ya, tadi pagi aku kena kira MFA dan AFA untuk rumah teres dua tingkat. Punyalah complicated plan floor rumah tu. Hai....nasib baiklah aku nie ada kesabaran yang tinggi kalau tidak dah lama aku koyak-koyak kertas plan floor tu sampai hancur... Sangat-sangat mencabar, barulah aku tahu untuk kira MFA dan AFA bukanlah semudah 1+1=2...

Nota: MFA tu main floor area dan AFA tu ancillary floor area... budak-budak penilaian harta tanah wajib tahu ini ya.......

Tuesday, February 1, 2011

Semalam waktu aku tengah tekan-tekan remote control tv tiba-tiba tangan aku nie tertekanlah no 3. Maka muncullah drama Gemilang dekat skrin tv. Entah macam mana tangan aku terus terkaku dan mata aku terus tidak beralih daripada skrin.

“Ha…nielah cerita yang keluar dalam surat kabar tu. Lisdawati dengan Eja belakon. Hero dia Farhin Ahmad.” Aku pun menjeritlah pada adik aku. Padahal dia duduk dekat belakang aku je tapi sebab terlalu excitedkan tu yang menjerit tu.

“Eh ya ke angah…”balasnya sambil matanya juga tidak beranjak dari skrin tv.

Tunggu punya tunggu sekali tak muncul-muncul pulak Farhin Ahmad dalam cerita nie. Tiba-tiba keluar ar Tizz Zaqyah…

“Eh, bukanlah. Nie cerita gemilangkan. Oooo….yang aku cakap Eja belakon tu cerita lain…hehehe…”ujarku perlahan.

“Cerita nie Tizz Zaqyahlah yang belakon angah…”balas adikku.

“Ha’alah…”aku terus diam.


Bila aku tengok cerita gemilang semalam, aku terus teringat dekat Cikgu Busra…cikgu matematik aku waktu aku sekolah rendah. Sebab cikgulah saya hafal sifir 2 sampai 9. Mana taknya, bila waktu kelas dia je semua kena baca sifir sebelum dia masuk kelas. Kita orang satu kelas kena sambut kedatangan cikgu tu dengan sifir. Time kelas dia je semua kena senyap. Mana boleh bercakap dalam kelas. Tapi aku nie bukan pelajar yang baik dan dengar katakana. Pernah jugalah sekali tu kepala aku nie kena ketuk dengan buku teks darjah 4. Kalau nipis tak apalah juga nie tak punyalah tebal buku teks tu. Pening kejap…

Kalau tak ada kerja rumah mesti tak sah. Tiap-tiap hari mesti ada je buah tangan (kerja sekolah) yang cikgu tu bagi. Buku kalau tak bertampal-tampal dua tiga buah memang tak sah. Pembetulan yang salah memang wajib buat. Hampir semua latihan dalam buku teks tu kena buat. Lepas tu, kena ada sebuah buku sifir. Buku sifir tu pulak kena buat sendiri. Aku terpaksa habiskan masa cuti sekolahku untuk buat sifir. Sampaikan aku siap bawak balik kampung lagi buku sifir tu…

Kenangan sungguh. Sampaikan mak aku pun beli buku rujukan matematik sebab nak ajar aku matematik dekat rumah. Dulu waktu aku darjah 1,2 dan 3 aku nie kurang sikit dengan matematik nie. Tapi bila naik je darjah 4 dan 5, cikgu nielah yang ajar aku matematik sampai aku habis sekolah menengah pun aku tak pernah gagal dalam subjek matematik nie….



Nota: Rindunyalah zaman sekolah dahulu kala. Doremon, boleh pinjam skrin tv masa lampau tak aku nak tengok semula kenangan-kenangan aku di zaman aku sekolah rendah… Futurama, ada taka lat yang canggih sehingga membolehkan aku mengesan dimanakah kawan-kawan aku zaman sekolah dulu…. Upin dan ipin, jom kita pergi mengembara bersama untuk mencari kawan-kawan lama aku….. Conan tolong siasat dimanakah tempat tinggal mereka sekarang.