Tuesday, November 30, 2010

Bercuti ke Melaka…

Orang cakap:

“hai, orang melaka pun nak bercuti dekat melaka juga ke? Pergilah negeri lain kalau ya pun nak bercuti. Awak tukan orang melaka.”

“peliknya, alang-alang dah cuti nie pergilah melancong dekat tempat lain takkan melaka je kut?”

“bukan kau orang melaka ke, napa nak bercuti ke melaka lagi.”

Aku jawab:

“Memanglah saya orang melaka sebab tulah saya nak bercuti dekat melaka. Ha, nanti buatnya orang tanya jalan dan tempat2 dekat melaka saya nak jawab apa. Tak salahkan melancong dekat negeri sendiri supaya kita lebih kenal negeri kita sendiri.” (’’,)



Sebelum nie aku pernah nampak kawan2 aku ambil gambar dekat sini. Waktu tu puas jugalah pikir mana dia jumpa benda nie. Hari raya korban lepas, aku bawalah kawan aku nie jalan-jalan dekat sekitar banggunan merah. Tiba-tiba jumpalah gambar nie, terus aku suruh kawan aku tu ambil gambar aku dekat sini. As & Masyi, korang pernah pergi sinikan…



Kereta lembu terkenal juga dekat melaka cuma sekarang nie kalau nak naik kereta lembu hanya satu tempat je yang aku tahu iaitu dekat Hutan Reakreasi Ayer Keroh. Tempat lain aku tak tahu pula. Tempat aku bergambar nie bukannya kereta lembu tulen tapi model kereta lembu je. Lembu dalam gambar nie pun batu je…



Inilah kincir air kesultanan melayu melaka. Kincir air nie dekat sebelah sungai melaka. Besar kincir air nie…



Ini pula merupakan kubu pertahanan yang mengandungi meriam2 buluh. Opss…silap pula, bukan meriam buluh tapi meriam batu…sapa yang tak pernah jumpa atau tengok meriam bolehlah datang ke kubu ini…



Gambar nie aku ambil masa aku masuk muzium laying-layang. Banyak sangat laying-layang dalam muzium nie. Logiklahkan nama pun muzium laying-layang. Sebenarnya dalam muzium nie ada banyak lagi muzium…(peliknya ayat aku nie). Macam nielah, satu banggunan je tapi dalam dia ada macam-macam muzium. Dalam nie ada muzium gasing, muzium 3D, muzium kecantikan dan macam2 lagi.



Jeng-jeng-jeng…inilah kenderaan hang tuah sebab dekat kenderaan nie ada tulis nama hang tuah, maknanya kenderaan nie kenderaan hang tuahlahkan... sebelah kenderaan hang tuah nie ada kenderaan hang jebat. Aku tak ambil gambar dengan kenderaan hang jebat sebab pelancong yang aku bawa waktu nie dah ambil gambar dengan kenderaan hang jebat…

Thanks Amalina, dapat juga saya ambil gambar dekat tempat2 nie. Kalau pergi dengan keluarga memang tak adalah nak jalan2 pergi tempat2 nie. Kalau keluar dengan adik2 pun, sah2 dia ajak pergi tengok wayang tak pun main bowling. Tempat2 macam nie memang sesuai pergi dengan kawan2 yang bukan dari negeri melaka je…

Nota: Sesiapa kawan2 yang diluar sana nak jalan2 dekat melaka bolehlah ajak saya nie. Saya boleh jadi pemandu pelancong anda. Jom kita melawat Melaka…(’’,)

No comments:

Post a Comment