Monday, November 29, 2010

Aku seorang ketua…

Sebagai seorang ketua dalam syarikat harta tanah nie macam-macam betul cabaran yang perlu aku lalui. Setiap hari ada je masalah yang akan timbul. Dugaan 2x… Untuk hari nie je 3 kes aku kena selesaikan semuanya berkaitan dengan ejen-ejen yang terdapat dalam syarikat nie. Hai…dahlah bilangan ejen dalam syarikat nie tak banyak, yang ada nie pula selalu je buat hal.



Banyak betul cabang masalah...

Kes 1

Ejen yang selama nie aku latih dan didik selama 3 tahun bagi tahu aku nak letak jawatan sebab nak kerja dengan syarikat pesaing aku seberang jalan sana. Hai…pagi-pagi masuk kerja je dah ada yang nak letak jawatan pula macam manalah mood kerja aku tak hilang kalau macam nie. Bila aku tanya kenapa nak letak jawatan boleh pulak dia cakap sebab syarikat pesaing aku yang duduk seberang jalan tu tawarkan 20% komisen lebih daripada aku tawarkan. Oh, kau ingat dengan pengalaman yang kau ada selama 3 tahun kerja dengan syarikat aku nie kau layaklah untuk dapat 20% komisen tu. Susah-susah bila pekerja hanya memikirkan duit je langsung tak pikir apa yang syarikat nie dah berikan pada dia.

Selama nie aku ajar dan latih dia supaya jadi ejen yang bagus untuk syarikat tiba-tiba pula dia nak letak jawatan sebab nakkan komisen lebih. Kalau kau nak sangat komisen lebih tu amiklah, lepas nie kalau syarikat tu buang kau kerja jangan kau nak merayu dekat aku minta kerja balik. Satu lagi, jangan harap aku nak bagi kau komisen lebih setakat baru 3 tahun kerja memang tak layak untuk kau dapat komisen lebih lainlah kalau kau banyak bagi keuntungan kat syarikat nak juga aku tambah gaji kau.



Tau nak kaya cepat je...

Kes 2

Selesai je kes letak jawatan tadi, aku panggil pula seorang lagi ejen syarikat yang kena tangkap semalam sebab memandu dalam keadaan mabuk bersama pelanggan. Nie satu lagi masalah, aku baru je nak menikmati makan malam semalam tiba-tiba je dapat call daripada salah seorang ejen syarikat aku dia cakap dia kena tahan sebab memandu dalam keadaan mabuk. Terus hilang selera makan aku. Tunggang-langgang aku bersiap untuk pergi ke balai polis untuk ikat jamin dua orang tu.

Nak tak nak terpaksa juga aku pecat ejen nie. Tak nak aku tanggung risiko lagi dengan ejen yang macam nie. Nie dah masuk kali ke 3 dia kena tahan memandu dalam keadaan mabuk jadi aku rasa lebih baik aku pecat dia dulu sebelum dia memandu dalam keadaan mabuk untuk kali ke 4 dengan pelanggan aku yang lain pula. Segala urusan jual beli dengan pelanggan yang kena tahan dengan dia tu aku serahkan kepada ejen aku yang lain. Aku harap pemecatan ejen yang sorang nie dapat memberi pengajaran kepada ejen-ejen lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama.



Berlumba-lumba semua ejen syarikat...

Kes 3

Sebaik je ejen tu keluar dari pejabat aku nie tiba-tiba seketeri aku pula datang bawa dokumen perjanjian jual beli harta tanah. Pelik juga aku, apa pula masalahnya kali nie. Bila aku tanya dia cakap yang dokumen perjanjian jual beli tu bukan ditandatangan oleh pelanggan tetapi ditandatangan oleh ejen syarikat sendiri. Tapi bila aku tengok balik dokumen perjanjian tu sama je kut dengan tanda tangan pelanggan. Aku tanyalah seketeria tu mana dia tahu sebab aku taknak ar main tuduh-tuduh tak baik. Lepas tu dia cakaplah yang dia dah call pelanggan tu dan pelanggan tu cakap dia belum bagi kata putus lagi untuk jual beli rumah tu.

Masalah…nak tak nak terpaksa panggil ejen yang tiru tanda tangan pelanggan tu masuk pejabat. Terkejut jugalah aku sebab ejen yang buat kerja tu bukan ejen sebarangan tetapi ejen harapan syarikat. Ejen tulah selama ini yang banyak membawa keuntungan kepada syarikat. Nie mesti ada udang di sebalik batu…takkan lah ejen yang selama nie setia kepada syarikat akan buat perkara-perkara macam nie.

Setelah dikaji dan dianalisis barulah dia cakap yang dia buat semua tu supaya aku pecat dia sebab dia nak pergi bekerja dengan syarikat pesaing aku dekat seberang jalan sana tu. Dia cakap yang syarikat tu sanggup bayar dia dua kali ganda gaji dia sekarang nie. Hai…seorang lagi…nak pecat ke tak nak nie. Tak boleh 2x…ejen nie aset syarikat nie. Aku pun bincanglah balik dengan dia slow-slow…dan akhirnya dia tak jadi nak kerja dengan syarikat seberang jalan sana tu dan dia juga dah janji yang dia akan minta maaf pada pelanggan tu.

Selesai 3 kes…sayang-sayang, hanya satu ejen je yang dapat aku selamatkan yang lagi 2 terpaksa aku lepaskan. Semoga ejen yang…



Oh,di alam lain rupanya...

“Masa untuk menjawab hanya tinggal 30 minit sahaja lagi. Selepas daripada ini pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan dewan.” Suara daripada speaker kat sebelah kanan aku nie tiba-tiba berbunyi…

‘Alamak! Ada 2 lagi soalan belum jawab nie. Jawab soalan lain pula ar…’ bisikku didalam hati…

No comments:

Post a Comment