Saturday, June 8, 2013

Kerja vs penat

Salam...

Khas buat semua para pekerja yang berKEWAJIPAN melayan kerenah pelanggan...

Silalah bermuka manis ok, kalau tak manis pun silalah berikan senyuman. Ya, mungkin senyuman anda tak cantik atau lawa tapi sila berikan ia dengan ikhlas. Keikhlasan itu akan membuatkan senyuman yang tidak cantik menjadi manis dan sejuk hati memandang. 

Silalah menjaga tutur kata anda. Jangan luahkan rasa tidak puas hati anda depan para pelanggan. Ada sesetengah daripada mereka yang sangat sensitif terutamanya saya. Kalau rasa nak marah tu, simpan dulu dalam hati bila customer tu dah balik baru luahkan. Kalau tak sabar sangat dengan perangai customer tu, luahkanlah di dalam hati. 

Silalah bersangka baik dengan semua pelanggan. Dia miskin ke, kaya ke silalah layan dengan sama rata. Mungkin dia nampak selekeh tapi sebenarnya dia masih mampu untuk berbelanja di kedai anda. Kadang-kadang, butik yang jual mahal2 tu pun tak kalut nak ikut belakang customer nie, kedai yang jual baju lelong pula yang sibuk nak ikut belakang customer. Hello, kalau dia tak mampu dia tak masuk kedai tu ok!!!

Silalah berlembut dengan pelanggan. Bila pelanggan tanya tu, cubalah seboleh-bolehnya jawab dengan baik dan tak payah nak kerek sangatlah...penjual je pun so, tak payah nak berlagak bagus. Sedarlah, bila dalam perniagaan nie, satu je konsep dia...Pelanggan adalah yang perlu di utama. Kalau tak ada pelanggan, ada ke orang nak beli barang yang di jual tu???

Silalah hormati semua orang, kecil besar tua muda belia remaja dan semua sekali. Nak orang hormat dekat kita, mula2 kita kena hormat dekat orang dulu. Peniaga atau pekedai adalah salah satu faktor untuk menarik pelanggan datang ke kedai untuk membeli dan berbelanja.

Silalah sabar. Kalau ada pelanggan yang marah kepada anda, silalah sabar dan jangan lepaskan kemarahan anda secara terang-terangan. Dapat orang macam saya, saya akan berterus terang. Jangan mengamuk pula bila dah kena tegur dengan saya. (senyummmm....)

Yang menaip,
Pelanggan berhemah yang pernah menjadi penjual


Aku paling tak suka dengan situasi tadi, pekerja yang muka sangat meluatkan (tidak berbudi bahasa dan masam mencuka). Bersangka buruk dengan aku dan adik beradik aku. Tak tahu sabar dan melepaskan kemarahan depan aku. Helo...bodoh ke buta, aku ada dekat depan mata kut. Kalau tak puas hati pun tak payahlah cakap kuat2. Tak payah nak marahlah bila aku cakap kau tu tak reti nak sabar dah memang terang2 kau tunjuk perangai kau tu. So, aku cakap apa yang aku nampak. Kalau tak boleh terima pun tak payah nak lepas kemaraha kat benda tak bernyawa (kerusi)...hahahaha....

Situasi:
Budak kaunter: Su (nama rekaan), pergilah tengok sana tu. Lama dia kat situ. (sambil tunjuk kearah adik2 aku yang sedang pilih baju dengan pandangan mata kepada kawannya) Nie, nak beli ke tak nak nie. (dengan nada perlahan tapi masih boleh di dengar oleh telinga ini yang berada di depannya.)
Kawan dia aka Su: ... (senyap je sambil menoleh kearah adik2 aku) Nak bayar dah ke?
Aku: Kejap ya, saya tengah tunggu sorang lagi. Boleh sabar tak. (agak kuat dan jelas nadaku)
Mak: (pandang aku, lepas tu terus pandang adik2 aku) Tak payahlah, nanti kita beli dekat tempat lainlah. Ha, bayar nie je...
Aku tak lalu nak pandang muka dia, dia ambil duit dan terus bagi baki. Adik aku dah capai baju dia. Tapi aku ambil balik sebab nak suruh orang kedai tu masuk dalam plastik. Kawan dia yang baik sikit tu masukkan dalam plastik dan cakap terima kasih.
Aku: Sama2... Eeee....tak tau sabar...
Aku terus keluar dan aku dengar dia bercakap namun percakapannya tidak dapat ditangkap oleh telinga ini lagi. Beberapa saat kemudia, kedengaran bunyi barang seperti kerusi dilanggar oleh seseorang. Aku dapat mengagak, mungkin dia sedang duduk kerana kepenatan melayan kerenah pelanggan macam aku.

Bila berbual dengan mak dan adik2 yang sama2 masuk dalam kedai itu. Terdapat beberapa perangai yang budak kaunter tu tunjuk yang boleh menyakitkan hati aku dan kami semua. Ok, malas nak cerita apa dia sebab itu benda yang aku tak nampak. Tapi, apa yang dia buat sepanjang kami berada di kedainya itu telah menyebabkan aku menulis surat diatas khas buat semua yang bekerja melayan kerenah pelanggan. Aku ada pengalaman tu juga, tapi aku sedaya upaya cuba untuk menutup penat aku dan cuba menutup kegeraman dan kemarahan dalam hati ini bila berdepan dengan pelanggan2 yang sangat menguji kesabaran minda dan fizikal.


No comments:

Post a Comment