Wednesday, June 26, 2013

Aku komen post kau. Yaa, post kaulah sapa lagi....

Salam...

Bila baca post2 org dekat facebook (fb), tergerak hati nak komen. Bila taip komen, tiba-tiba teringat pula akan pemilik post itu. Bukan apa, cuma takut apa yang cuba nak di sampaikan tidak tersampai oleh tulisan. Al-maklumlah, komen dekat fb bukan boleh tulis panjang2 macam karangan. 

Teringat suatu ketika dahulu, waktu zaman muda remajaku iaitu beberapa bulan lepas <---menunjukkan ada="" aku="" ayat="" banyak="" benda="" buku="" dari="" daripada="" dengan="" di="" diambil="" disebabkan="" faham="" guna="" hadapi.="" itu="" juga="" kaitan="" kenduri="" kes="" kotak="" macam="" majlis="" mak="" mancis="" masih="" memandang="" menunjukkan--="" mereka="" monster="" muda="" nie="" novel.="" ok...="" ok.="" padaku.="" pandang="" pasal="" pelbagai="" pelik="" pernah="" post="" remaja="" salah="" sama="" saudaraku...="" sebab="" sebabkan="" sebenarnya="" sebuah="" semua="" sepupuku="" situasi="" something="" status="" sudut="" tak="" tapi="" tolonglah="" tu="" untuk="" yang="">


Tak kira, nak komen juga dekat sini sebab dia tak tau blog aku so, apa yang aku tulis semua dia tak tahu...hehehe... Dia komen 'Jonker Street Night Market selamanya dalam ingatan. Sumpah sedih.' dekat fb dia. Ok, sekarang dengar ya, bakal Dr Phd nak bercakap nie... Jonker Street Night Market tu tutup sebab dia menyebabkan laluan kenderaan sesak. Pembohonglah kalau kau tak tau pasal nie sebab kau kan selalu pergi sana. Lagi pun, tu kawasan cina dan tak ada jual barang makanan halal pun. Konsert yang ada dekat situ pun dalam bahasa cina, sepengetahuan aku kau tu bukan pernah pergi kelas mandarin pun jadi dah tentu tentulah bahasa cina kau out...

Ada banyak je lagi tempat yang boleh kau pergi selain Jonker Street Night Market tu, contohnya sungai melaka, dataran bandar hilir, pantai kelebang dan pantai puteri. Tak payah nak jadikan penutupan Jonker Street Night Market tu sebagai isu besar sangatlah sebab melaka masih banyak tempat menarik selain tempat tu. Masih banyak lagi tempat2 lain di Melaka yang boleh menarik para pelancong untuk datang dan Jonker Street tu hanya satu daripada tu je. 


Ok, relax... Aku bukan marah cuma tak suka bila isu ini di perbesar-besarkan dan kemudian ada pula pihak yang cuba melibatkan politik dengan isu ini. Helo...tak payah nak pandang semua benda daripada sudut politik je boleh tak. Hai...nie rasa nak panggil En Isa (kawan sama2 join g perth) untuk datang bercerita pasal kerajaan nie...hehehe....


* Cuba lihat sesuatu itu daripada pelbagai sudut sebab mungkin sudut yang kita lihat itu bukan sudut hadapan untuk benda itu. 

* Berfikiran positif dan terbuka bukannya berfikiran sempit dan kemudian menyalahkan orang lain.
* Berhati2 menulis status sebab akan ada yang mempertikaikannya... 

Tuesday, June 25, 2013

Sahabat jom pakai tudung...


Salam...

Sahabat, awak memang cantik. Bila awak free hair (tidak bertudung) awak memang cantik tapi tidak secantik saat awak pakai tudung waktu kita sama-sama di sekolah dulu. Teringat zaman sekolah dulu, awak bertudung dan saya juga bertudung. Kita memakainya sepanjang waktu persekolahan yang panjang ditambah pula dengan kelas agama dan kelas tambahan disebelah petangnya. Waktu itu, tidak ada sedikit pun perasaan rimas atau panas yang wujud hasil daripada tudung yang kita pakai. Awak ingat tak?

Kenapa awak berubah? Saya tidak akan sentiasa berada di sisi awak untuk mengingatkan awak setiap masa sebab saya terlalu sibuk dengan urusan seharian saya, maafkan saya awak. Awak, pakailah tudung... Saya akui, awak memang cantik... Bila awak bertudung, awak makin cantik... Betul saya tak tipu awak... 

Ok ok... kalau awak tak nak pakai tudung, awak pakai selendang tak pun tudung sarung... Paling tak pun, awak pakai skaf tutup rambut dulu... nnti bila dah biasa, awak pakailah tudung yang sempurna. Serius, awak sangat cantik bila pakai tudung, takkanlah saya nak tipu awak. Kitakan kawan dah lama....


Awak memang cantik walaupun bertudung...

Hari tu berpeluang sembang dengan seorang ayah yang mempunyai 4 orang anak dan berumur dalam lingkungan lewat 40an. Aku bertanya kepadanya, "Apa perasaan ayah bila tengok anaknya free hair?"
Dengan nada yang perlahan tetapi masih boleh ditangkap oleh pendengar ini dia berkata "Shame lah".
Aku bertanya semula kepadanya, "Apa dia?". Dia menjawab, kali ini jawapannya jelas kedengaran "Shame, kenapa ada something dengan nie ke?" tanyanya kembali. "Eh, taklah. Alhamdulillah, family saya semua pakai tudung." Jawabku. "Saya selalu pergi makan dengan adik dan nampak ada sesetengah family nie yang anak dia free hair" tambahku lagi. "Mendidik anak nie tugas ayah. Kena tengok juga ayah dengan mak dia macam mana. Mak dia pakai tudung ke?" Dia menjelaskan kepadaku dan bertanya semula kepadaku. "Pakai je..." Jawabku. "Salah pada ayah dialah salah mendidik." ringkas jawapannya.

Kesimpulannya, tak boleh nak salah kan ayah seratus peratus sebab kadang-kadang ayah dah tegur tapi anak2 yang tak nak dengar. Pengaruh persekitaran dan rakan sebaya juga menjadi punca mereka2 ini untuk free hair. Selain itu, perasaan ingin cantik yang membuak-buak di usia remaja juga mendorong mereka untuk free hair. So, tak boleh nak salahkan parents seratus peratus dalam hal ini walaupun tugas mendidik itu memang lebih pada ibu dan bapa...

Wassalam...

*Saya tak sempurna, kadang2 ada salahnya dalam tulisan2 saya. Maafkan saya...

Saturday, June 8, 2013

Kerja vs penat

Salam...

Khas buat semua para pekerja yang berKEWAJIPAN melayan kerenah pelanggan...

Silalah bermuka manis ok, kalau tak manis pun silalah berikan senyuman. Ya, mungkin senyuman anda tak cantik atau lawa tapi sila berikan ia dengan ikhlas. Keikhlasan itu akan membuatkan senyuman yang tidak cantik menjadi manis dan sejuk hati memandang. 

Silalah menjaga tutur kata anda. Jangan luahkan rasa tidak puas hati anda depan para pelanggan. Ada sesetengah daripada mereka yang sangat sensitif terutamanya saya. Kalau rasa nak marah tu, simpan dulu dalam hati bila customer tu dah balik baru luahkan. Kalau tak sabar sangat dengan perangai customer tu, luahkanlah di dalam hati. 

Silalah bersangka baik dengan semua pelanggan. Dia miskin ke, kaya ke silalah layan dengan sama rata. Mungkin dia nampak selekeh tapi sebenarnya dia masih mampu untuk berbelanja di kedai anda. Kadang-kadang, butik yang jual mahal2 tu pun tak kalut nak ikut belakang customer nie, kedai yang jual baju lelong pula yang sibuk nak ikut belakang customer. Hello, kalau dia tak mampu dia tak masuk kedai tu ok!!!

Silalah berlembut dengan pelanggan. Bila pelanggan tanya tu, cubalah seboleh-bolehnya jawab dengan baik dan tak payah nak kerek sangatlah...penjual je pun so, tak payah nak berlagak bagus. Sedarlah, bila dalam perniagaan nie, satu je konsep dia...Pelanggan adalah yang perlu di utama. Kalau tak ada pelanggan, ada ke orang nak beli barang yang di jual tu???

Silalah hormati semua orang, kecil besar tua muda belia remaja dan semua sekali. Nak orang hormat dekat kita, mula2 kita kena hormat dekat orang dulu. Peniaga atau pekedai adalah salah satu faktor untuk menarik pelanggan datang ke kedai untuk membeli dan berbelanja.

Silalah sabar. Kalau ada pelanggan yang marah kepada anda, silalah sabar dan jangan lepaskan kemarahan anda secara terang-terangan. Dapat orang macam saya, saya akan berterus terang. Jangan mengamuk pula bila dah kena tegur dengan saya. (senyummmm....)

Yang menaip,
Pelanggan berhemah yang pernah menjadi penjual


Aku paling tak suka dengan situasi tadi, pekerja yang muka sangat meluatkan (tidak berbudi bahasa dan masam mencuka). Bersangka buruk dengan aku dan adik beradik aku. Tak tahu sabar dan melepaskan kemarahan depan aku. Helo...bodoh ke buta, aku ada dekat depan mata kut. Kalau tak puas hati pun tak payahlah cakap kuat2. Tak payah nak marahlah bila aku cakap kau tu tak reti nak sabar dah memang terang2 kau tunjuk perangai kau tu. So, aku cakap apa yang aku nampak. Kalau tak boleh terima pun tak payah nak lepas kemaraha kat benda tak bernyawa (kerusi)...hahahaha....

Situasi:
Budak kaunter: Su (nama rekaan), pergilah tengok sana tu. Lama dia kat situ. (sambil tunjuk kearah adik2 aku yang sedang pilih baju dengan pandangan mata kepada kawannya) Nie, nak beli ke tak nak nie. (dengan nada perlahan tapi masih boleh di dengar oleh telinga ini yang berada di depannya.)
Kawan dia aka Su: ... (senyap je sambil menoleh kearah adik2 aku) Nak bayar dah ke?
Aku: Kejap ya, saya tengah tunggu sorang lagi. Boleh sabar tak. (agak kuat dan jelas nadaku)
Mak: (pandang aku, lepas tu terus pandang adik2 aku) Tak payahlah, nanti kita beli dekat tempat lainlah. Ha, bayar nie je...
Aku tak lalu nak pandang muka dia, dia ambil duit dan terus bagi baki. Adik aku dah capai baju dia. Tapi aku ambil balik sebab nak suruh orang kedai tu masuk dalam plastik. Kawan dia yang baik sikit tu masukkan dalam plastik dan cakap terima kasih.
Aku: Sama2... Eeee....tak tau sabar...
Aku terus keluar dan aku dengar dia bercakap namun percakapannya tidak dapat ditangkap oleh telinga ini lagi. Beberapa saat kemudia, kedengaran bunyi barang seperti kerusi dilanggar oleh seseorang. Aku dapat mengagak, mungkin dia sedang duduk kerana kepenatan melayan kerenah pelanggan macam aku.

Bila berbual dengan mak dan adik2 yang sama2 masuk dalam kedai itu. Terdapat beberapa perangai yang budak kaunter tu tunjuk yang boleh menyakitkan hati aku dan kami semua. Ok, malas nak cerita apa dia sebab itu benda yang aku tak nampak. Tapi, apa yang dia buat sepanjang kami berada di kedainya itu telah menyebabkan aku menulis surat diatas khas buat semua yang bekerja melayan kerenah pelanggan. Aku ada pengalaman tu juga, tapi aku sedaya upaya cuba untuk menutup penat aku dan cuba menutup kegeraman dan kemarahan dalam hati ini bila berdepan dengan pelanggan2 yang sangat menguji kesabaran minda dan fizikal.