Wednesday, April 3, 2013

Report Mengajar...


Tarikh : 3 April 2013
Masa : 8.30 pm – 9.30 pm (1 jam) 
Tempat : Taman Mutiara Rini, 81300, Johor Bahru
Nama Pelajar:Syasya (Darjah 6), Adam (Darjah 2)
Subjek : Sains & Membaca (1 jam)

Isi:
1. Darjah 6, saya berikan pelajar buku latihan dan minta pelajar untuk buat soalan latihan sains kertas satu dan minta pelajar menjawabnya. Pelajar menghabiskan masa lebih daripada setengah jam untuk kertas satu itu. Jadi, kertas dua untuk soalan itu tidak dapat dihabiskan dan mungkin akan disambung pada minggu hadapan.
2. Darjah 2, saya berikan kertas yang mengandungi cerita ikan yang suka menipu. Saya minta pelajar untuk membacanya. Setelah selesai membacanya, saya menceritakan semula apa sebenarnya cerita yang dibacanya itu.

Tindak Balas pelajar:
1. Pelajar darjah 6 memberikan respon yang bagus terhadap apa yang saya sampaikan. Pelajar tidak segan untuk bertanya jika pelajar tidak dapat menjawabnya.Saya lihat, pelajar ada masalah dalam memahami kehendak soalan untuk soalan yang panjang. Ada beberapa soalan yang pelajar tidak dapat menjawabnya dengan betul.
2. Pelajar darjah 2 pula sangat diam dan senyap. Ada sedikit masalah dengan pembacaannya iaitu pelajar mempunyai masalah dalam membunyikan 4 suku kata. Pelajar sudah nampak perubahan. Pembacaannya makin lancar daripada sebelumnya.



"Segala laporan yang diberikan adalah benar berpandukan pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar kelas tuisyen ini"


- Perh....I buat report mengajar, maksudnya??? Hahaha....I bukan cikgulah, I tau I tak layak jadi cikgu pun...so, saje je wab report nie untuk persediaan masa hadapan....

No comments:

Post a Comment