Monday, February 25, 2013

Master Project…


Akhirnya… sampai jua aku ke satu zaman yang dipanggil zaman keseriusan. Zaman keseriusan bermula apabila aku mula membuat projek master. Zaman keseriusan ini tidak lama, cuma satu semester sahaja. Bagi mengelakkan ke kelang kabutan dan ke tunggang langgangkan, maka aku mengambil langkah awal dengan menyediakan beberapa persiapan awal menghadapi zaman keseriusan itu.

Setelah berbincang + bersembang + bertanya + bersoal jawab + berbagai lagi, akhirnya aku berjaya menemukan tajuk yang dianggap sangat sesuai untuk dikaji dan dikupas lebih mendalam dalam projek master ini iaitu….

Tajuk: Pengaruh cerita-cerita dongeng kepada kehidupan seharian remaja.

Inilah salah satu contoh cerita dongeng yang menjadi kegilaan remaja...

Ya, nampak mengarut dan tak logik tapi inilah yang berlaku dalam kehidupan remaja sebenarnya…  Tak percaya? Ia akan dibuktikan dalam penyataan masalah dibawah…

Pernyataan Masalah:
1) Menjadi trend bila kawin nak pakai tema cerita dongeng terutama Cinderella.
2) Terdapat banyaknya cerita-cerita yang ditayangkan di television yang bertemakan cerita dongeng versi moden.
3) Tajuk-tajuk novel juga banyak yang berkaitan dengan tajuk-tajuk cerita dongeng.

Setakat ini sahaja dulu penyataan masalah untuk tajuk projek ini. Penyataan masalah yang lain akan dikeluarkan sekiranya perlu semasa viva nanti.

Objektif:
1) Mengkaji kesan cerita dongeng kepada remaja kini.
2) Mengenal pasti aspek-aspek yang digilai remaja dalam cerita dongeng.

Objektif yang disediakan akan kukuh, ditambah dengan penyataan masalah yang memang sangat masuk akan. Dengan adanya tiga benda penting ini jadi saya rasa sangat yakin untuk berada dalam zaman keseriusan ini. Saya berharap zaman keseriusan ini berakhir dengan zaman kegembiraan dan keriangan dan keceriaan dan kehappian dan kesenangan dan keindahan dan kesemua yang baik-baik…


Mari cari masalah....


***Jangan gunakan jalan pintas untuk mendapat kejayaan kerana jalan pintas itu tidak mampu membina seribu kenangan manis dimasa akan datang…

***Kebodohan yang pernah kita buat pada masa silam menjadi kenangan yang sangat manis pada masa akan datang…

No comments:

Post a Comment