Monday, September 20, 2010

SEMINGGU BERHARI RAYA 2010



Keluargaku dipagi hari raya

Malam raya…

Macam malam2 raya sebelum nie juga, semua keluarga aq dengan mak dan ayah saudara aq akan berkumpul di rumah nenek aq. Lepas selesai solat isyak, kami ramai2 akan takbir raya. Mak saudara aq ada seorang je tak termasuk abah dan mak aq tapi bila campur dengan sepupu sepapat aq…agak penuh jugalah ruang tamu rumah nenek aq tu. Macam biasa juga, takbir akan dimulakan dengan ayah aku sebab bapa saudara aq yang sorang tu sakit dan yang penting bukan sakit biasalah. Lepas ayah aq barulah sepupu2 aq pula. Sepupu aq ada 11 orang dan 9 orang telah berkeluarga. Anak mereka tak payah cakap ar dah boleh buat dua pasukan bola sepak, ramai gila sampai aq pun kadang2 tersasul nama diorang nie. Oh ya, abis je takbir kami semua terpaksa siap2kan hidangan untuk orang surau. Orang surau? Diaorang akan datang takbir dari rumah ke rumah. Inilah yang selalu dilakukan dikampung aq.

Hari Raya Ke1 (Jumaat, 10 sept 2010)

Macam biasa yang aq buat, bangun dan pakai baju baru/raya. Lepas tu kita orang akan berkumpul adik beradik bermaafan dengan mak dan abah. Amik2 gambar lepas tu baru bergerak ke rumah nenek. Gaya macam jauh je sebenarnya 500meter je pun dari rumah. Bermaafan bersama makayah saudara dan sepupu sepapat semua, tak lupa juga dengan nenek. Lepas selesai barulah kitaorang bergerak ke rumah nenek yang satu lagi. Yang nie baru betul2 jauh sampai kena naik kereta nak pergi. Jauh pun taklah jauh sangat dalam satu kilometer je pun dari rumah aq. Bermaafan bersama makayah saudara dan sepupu2ku. Itu je untuk hari raya pertama sebab lepas abis raya dekat rumah nenek kitaorang terus balik rumah dan tak keluar2 jalan raya hanya menerima kedatangan orang ke rumah sahaja.

Hari Raya Ke2 (Sabtu, 11 Sept 2010)

Seperti beberapa tahun lepas juga, keluarga aq buat makan2 sikit. Sikit ke macam banyak je. Bangun2 je dah kena masuk dapur. Carilah bawang untuk dikupas, kentang untuk dikupas, cili kering untuk direndam, sayur untuk dipotong, udang untuk dibersihkan dan daging untuk dicincang. Itu je tugas aq masak memasak tu mak aq yang buat. Pinggan, cawan, mangkuk untuk lauk, air, bekas air basuh tangan, tisu, sudu dan air oren semua dah siap sekarang cuma tunggu kedatangan diorang je. Habis makan bermula semula tugas aq. Semua pinggan, mangkuk dan cawan perlu dibasuh. Malam seperti malam semalam, hanya menunggu kedatangan orang ke rumah.

Hari Raya Ke3 (Ahad, 12 Sept 2010)

Hari nie lah baru berpeluang untuk jalan raya ke rumah saudara mara. Awal2 pagi lagi dah keluar untuk jalan raya umah mak ayah saudara. Ha, hari nie lah aq pakai baju kebaya yang aku beli. Bergaya sakanlah. Mula2 pergi umah pok long/mok long kemudian umah pak cik yunus/mak cik senah lepas tu pergi umah pak cik botak, mak lang lasim dan nenek(aq pun tak tau ape namanyer). Abis berjalan dekat kawasan tangga batu barulah kami bergerak ke ayer molek.. Singgah 2 3 umah kemudian kami pun pergi kerumah along dengan abang omar(Kakak aq). Lepas maghrib baru kitaorang balik umah. Sebelum balik sempat ar pergi umah mak tam dulu.

Hari Raya Ke4 (Isnin, 13 Sept 2010)

Siang tak da ape2 macam biasa duk umah menanti kedatangan tetamu2 yang tak dijangka. Malam tu dalam pukul 8 dah mula gerak pergi Mahkota Parede untuk main bowling dengan makayah saudara dan sepupu. Buat pertama kalinya family mak aq buat family day. Mainlah semuanya dengan bersungguh2 sebab semua fikir nak menang dan nak dapat hamper. Inilah senarai pemenang pada malam tu:-
Tempat Pertama: Keluarga Pak Lang/Mak Lang
Tempat Ke2: Keluarga Pak Cik/Mak Cik
Tempat Ke3: Keluarga Pok Long/Mok Long
Tempat Ke4: Keluarga Pak Busu/Mak Busu a.k.a. Keluarga aq
Tempat Ke5: Keluarga Pak Teh/Mak Teh
Tempat Ke6: Keluarga Mak Tam
Tempat Ke7: Keluarga Abg Omar/Along (Kumpulan aq)

Hari Raya Ke5 (Selasa, 14 Sept 2010)

Duduk umah lagi sepanjang hari nie. Budak2 nie pula sekolah. Ayah Aq pun keje hari nie. Aq abis kan satu hari nie dengan tengok tv je. Apalah yang boleh aq buat nak pergi beraya pun bukannya ada kenderaan. Adik aq awal2 dah keluar pergi jalan raya.

Hari Raya Ke6 (Rabu, !5 Sept 2010)

Sama macam semalam. Duk umah tunggulah tetamu2 yang tak perlu dijemput untuk datang. Hari raya nie tak payah jemput pun orang akan datang juga nak raya. Oh ya, Kawan mak abah dari kelantan datang. Dia adalah pelawa kami pergi kelantan. Dia cakap kat aq kalau pergi kelantan lagi jangan lupa singgah umah dia, nak tido umah dia pun boleh. Aq bukan tak nak pergi umah dia ari tu cuma tak cukup masa tambahan pula hari tu waktu aq pergi kat taman, cuaca tengah hujan sebab tu tak singgah hanya lalu je. Ha, Muhaimin a.k.a. Pakwe acik datang siap bawa buat tembikai susu lagi.

Hari Raya Ke7 (Khamis, !6 Sept 2010)

Selamat hari Malaysia. Hari nie cuti semperna gabungan Sabah, Sarawak dan Labuan kedalam Malaysia. Sama juga, aq masih lagi menjadi penghuni rumah yang setia menunggu kehadiran orang untuk beraya dirumah. Boring... Hari ahad dah kena balik kolej semula dan terpaksa melupakan semua kuih muih raya kembali menumpukan kepada pelajaran.

No comments:

Post a Comment