Sunday, May 2, 2010

Family Dayku...



Ahad lepas telah berlangsungnya perlawanan boling antara ahli keluarga En Hj Nasir dan Pn Mariam dekat MP (Mahligai Permata). Wah, memang kecoh ar tempat boling tu dengan kehadiran mereka sekeluarga...(sebenarnya ada team lain yang buat pertandingan dekat situ sebab tulah tempat tu kecoh...)hehehe....

Oleh kerana ahli keluarga En Hj Nasir dan Pn Mariam nie terlalu ramai yang ingai menunjukkan bakatnya dalam permainan boling ini maka permainan dibahagikan kepada dua group iaitu satu group lelaki dan satu group perempuan....(yg main nya 4 perempuan dan 4 lelaki, ramai ar jugak...maksimum untuk satu linekan 6 orang).

Permainan pada hari itu sangat sengit pada mulanya sehingga menimbulkan kerisauan diantara pemain-pemain yang berada di line2 bersebelahan....hehehe....
Oleh kerana keluarga En Hj Nasir ini terlalu hebat dalam permainan boling maka ramailah ahli2 keluarga En Hj Nasir ini yang menjadi juara longkang. Yang peliknya sesiapa daripada ahli keluarga En Hj Nasir yang mendapat strike tiada tepukan gemuruh yang akan kedengaran sebaliknya perkataan yes daripada orang yang mendapat strike sahaja tetapi kepada sesiapa yang dapat memasukkan bolanya kedalam longkang tepukan gemuruh akan kedengaran. Disebabkan itulah ramai yang cuba membaling bola bolingnya supaya memasuki longkang dan tidak target kepada pin langsung.

Penyokong-penyokong yang menyaksikan perlawanan ini juga berasa teruja dan tidak percaya kerana ahli keluarga ini mempunyai dua pemain simpanan yang berusia 2 tahun. Kedua-dua pemain simpanan ini bagaimanapun tidak dapat menunjukkan bakatnya kerana semua pemain tidak memerlukan pemain simpanan. Bagi semua pemain, giliran mereka adalah penting untuk mereka.

Permainan pada hari itu berakhir dengan damai dan tiada pergaduhan dilaporkan. Ini kerana tiada benda atau sebab yang membolehkan mereka bergaduh sesama sendiri. Namun begitu masih terselit ketidak puasan hati diantara satu sama lain sehingga membuatkan mereka ingin mengadakan lagi perlawanan antara ahli keluarga pada masa akan datang. Kami turut mendapatkan pandangan daripada penganjur pertandingan iaitu En Hj Nasir. Dalam ucapannya pada hari itu, beliau memberitahu akan mengadakan lagi pertandingan antara ahli keluarga ini pada masa akan datang. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pemenang permainan iaitu Mohd Naim bagi katogeri lelaki dan Maisarah bagi kategori perempuan. Kami tidak sempat untuk menemu ramah pemenang pada hari itu kerana kedua-dua pemenang terlalu bangga diri dan gairah dengan kemenangannya. Kami bimbang mungkin akan menimbulkan kemarahan kepada ahli-ahli keluarga yang lain sekiranya kami menemu ramah pemenang.

Semoga objektif pertandingan ini tercapai. Objektif pertandingan ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah antara ahli keluarga En Hj Nasir dan Pn Mariam. Kami turut berdoa agar hubungan kekeluargaan keluarga ini akan berkekalan buat selamanya.

Saya melaporkan untuk blog ini,
Moon.

No comments:

Post a Comment