Saturday, January 16, 2010

Kata-kata....

Salam....

Saat lidah asyik berbicara ditambah pula dengan minda yang memberikan idea yang tidak putus-putus disaat itu ada hati yang terluka, ada hati yang menahan sabar, ada hati yang menyimpan dendam, ada hati yang tercalar dan mungkin ada hati yang gelisah menahan sakit.
Kita sering tidak sedar akan kata-kata kita sendiri. Dalam gelak tawa lawak yang kita buat mungkin ada yang terasa hati. Kita tidak dapat melihat semua itu kerana hati orang tidak akan dapat dilihat dengan mata kasar.

Mengapa kita perlu melukakan hati orang lain hanya untuk membuat orang ketawa?
Mengapa kita perlu sakitkan hati orang lain demi melihat orang yang kita sayang tersenyum?
Mengapa kita sanggup mengguris hati orang lain semata-mata untuk mendapatkan sesuatu?

Adakalanya, dalam manis mulut menutur ayat-ayat yang indah ada hati yang tertawan, ada hati yang menaruh perasaan, ada hati menyimpan sayang, ada hati yang tergoda dan mungkin ada hati yang jatuh cinta. Tanpa sedar, dengan kata-kata pun kita mampu membuat orang lain sayang pada kita. Tanpa dijangka juga dengan ayat yang ringkas ada hati telah tertawan. Mudahnya untuk membuat seseorang itu suka, sayang dan cinta pada kita.

Ada apa dengan kata-kata? adakah semuanya disebabkan suara yang memainkan peranan atau mungkin gaya yang menjadi tarikan utama?

Aq tak nak kata-kata yang aq luahkan menjadi daya tarikan pada orang lain untuk sayang padaku. Aq juga tidak mahu kata-kataku membuatkan orang disekelilingku terluka mendengarnya. Maafkan aq sekiranya dengan kata-kataku ada yang terasa hati dan maafkan aq juga seandainya dengan kata-kataku ada yang menaruh hati. Aq hanya insan yang lemah. Aq berbicara bukan untuk menarik perhatian orang dan bukan juga untuk menyakiti hati orang. Aq insan biasa......

No comments:

Post a Comment