Tarikh : 3 April 2013
Masa : 8.30 pm – 9.30 pm (1 jam)
Tempat : Taman Mutiara Rini, 81300, Johor Bahru
Nama Pelajar:Syasya (Darjah
6), Adam (Darjah 2)
Subjek : Sains & Membaca
(1 jam)
Isi:
1. Darjah 6, saya berikan
pelajar buku latihan dan minta pelajar untuk buat soalan latihan sains kertas
satu dan minta pelajar menjawabnya. Pelajar menghabiskan masa lebih daripada
setengah jam untuk kertas satu itu. Jadi, kertas dua untuk soalan itu tidak
dapat dihabiskan dan mungkin akan disambung pada minggu hadapan.
2. Darjah 2, saya
berikan kertas yang mengandungi cerita ikan yang suka menipu. Saya minta
pelajar untuk membacanya. Setelah selesai membacanya, saya menceritakan semula
apa sebenarnya cerita yang dibacanya itu.
Tindak Balas pelajar:
1. Pelajar darjah 6
memberikan respon yang bagus terhadap apa yang saya sampaikan. Pelajar tidak
segan untuk bertanya jika pelajar tidak dapat menjawabnya.Saya lihat, pelajar
ada masalah dalam memahami kehendak soalan untuk soalan yang panjang. Ada
beberapa soalan yang pelajar tidak dapat menjawabnya dengan betul.
2. Pelajar darjah 2 pula
sangat diam dan senyap. Ada sedikit masalah dengan pembacaannya iaitu pelajar
mempunyai masalah dalam membunyikan 4 suku kata. Pelajar sudah nampak
perubahan. Pembacaannya makin lancar daripada sebelumnya.
"Segala laporan yang diberikan adalah benar berpandukan
pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar kelas tuisyen ini"
- Perh....I buat report mengajar, maksudnya??? Hahaha....I bukan cikgulah, I tau I tak layak jadi cikgu pun...so, saje je wab report nie untuk persediaan masa hadapan....
No comments:
Post a Comment