Buat sahabatku,
Kehadapat sahabatku yang tiada dihadapan mata, saya ingin
mengucapkan selamat hari lahir. Bergembiralah wahai sahabat kerana pada hari
ini telah genap 23 tahun kamu hidup diatas kerak muka bumi ini. Didalam satu
kawasan diatas peta Malaysia, akhirnya kita berjumpa. Pada awalnya berbagai
tanda tanya yang wujud didalam kotak fikiran membuatkan kita saling bertanya
satu persatu mengenai fakta hidup masing-masing. Dari situlah aku mula
mengetahui asal usulmu berserta namamu.
Selama 3 tahun kita bergelumang dengan baju hijau
berloreng-loreng membuatkan ikatan persahabatan antara kita semakin erat. Aku
masih teringat saat kamu berani mati bertarung nyawa merangkak mara kearah gpmg
demi mempertahankan sahabat-sahabat satu skuad. Kita juga menjadi jiran
bersebelahan bilik membuatkan aku pernah mengenakan kamu dengan kain putih dan
rambut palsu yang aku gantungkan diluar tingkap. Selain itu, kita juga pernah
sama-sama melakukan kejahatan dengan mengenakan seorang sahabat yang sangat
yakin dengan dirinya sendiri sehingga kita sama-sama dipanggil oleh pak guard.
Aku masih ingat bagaimana aku menghabiskan masa lapangku
dengan berkunjung ke bilik kamu hanya semata-mata untuk menghabiskan masa
terluang yang aku ada. Kita juga pernah berkumpul didalam bilik sahabat kita
yang lain hanya semata-mata untuk meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing
dengan perangai sesetengah manusia.
Oleh itu, semperna hari kelahiranmu ini ingin aku memberi
beberapa ucapan atau dengan kata lain wishlah… Semoga hidupmu akan terus ceria berwarna
warnikan susah senang hadapi hidup ini. Selain itu, semoga kamu juga bergembira
miliki aku sebagai sahabatmu. Itulah hadiah yang paling bermakna boleh aku
berikan kepadamu dengan menjadi sahabatmu. Susah dan senang kita sama-sama
laluinya demi untuk mengejar cita-cita dan impian yang kita miliki. Selagi kita
masih bersama didalam kelas yang sama dan didalam kehidupan university yang
sama selagi itulah aku akan cuba menjaga hubungan persahabatan ini.
Yang menaip,
Sahabatmu
No comments:
Post a Comment