Itik a.k.a Cik Tih @ Putih
Ayam Belanda a.k.a En Yo @ Poyo
Arnab a.k.a
Cik Tam @ Hitam
|
Itik, Ayam dan Arnab... |
Cik Tam: Tengok tu, ada tiga orang
datang nak jumpa aku… (dengan bangganya)
Cik Tih: Perasan betul kau nie. Dia
datang nak bagi makan dekat aku. Tengok dekat tangan diaorang tu ada
plastik. Oh…Makanannnn… (terus menghampiri tiga orang itu)
En Yo: Ah, tak payah kau nak
menyibuk. Makanan yang mereka bawa itu semuanya untuk aku. (Terus
kerkejaran ke ara tiga orang itu)
Cik Tam: Aku nak juga makanan itu.
(Sambil melompat menghampiri salah seorang daripada tiga orang yang
bawa plastic itu)
Cik Tih: Hitam, kau nie tak sedar
diri ke? Dahlah badan kau tu hitam, buruk pula tu. Pergi main
jauh-jauh. (Cuba menghalau Cik tam daripada menghampiri mereka tiga
orang manusia)
En Yo: Hoi, Putih!!! Kau pun sama.
Pergi main jauh-jauh. Makanan nie semuanya aku yang punya. (Cuba
menghalau Cik Tih daripada mendapat makanan yang diberikan oleh
manusia itu)
Cik Tam: Tapi, mereka datang sebab
nak tengok aku. Bukan datang nak tengok korang pun.( Cuba meminta
simpati daripada Cik Tih dan En Yo)
Cik Tih: Kalau macam tu, kau jangan
makan makanan yang mereka bagi pada kau. Kau hanya dibenarkan bermain
dengan mereka tiga orang sahaja. (Dengan bangga berkata)
En Yo: Betul tu, akhirnya ada juga
ayat kau yang boleh membuatkan aku setuju. Hahaha…
Cik Tam: Simpatilah pada aku wahai
Putih dan Poyo sahabatku….(memohon simpati)
En Yo: Tiada simpati yang perlu
diberikan pada kau…Hahahaha….(ketawa besar)
Cik Tih: Betul tu. Tiada simpati
untuk kau…Hahahah….(semakin besar gelaknya)
Manusia 1: Alaaa…. Arnab nie
pemalu rupanya, dia tak makan pun apa yang aku bagi dekat dia.
Manusia 2: Ya ke, tengok ayam
belanda dengan itik nie….semua yang aku bagi dia makan… licin
betul… lapar agaknya…
Manusia 3: Ha’alah, kesiannya
dekat ayam belanda dan itik nie… nanti kita bawa makanan banyak
sikit untuk dua ekor binatang nie nak tak?
Manusia 1 dan 2: Ok…