Semalam I dapat call dari Newzeland…hehehe macam jauh je. Sebenarnya, I dapat call daripada mak angkat I yang duduk dekat Felda Newzeland, Pahang. Ok, jangan tanya I dekat mana sebab I tak pernah sampai
Mak angkat I call tanya pasal jurusan
Oklah, buat adik-adik yang baru dapat result SPM tu. Nasihat I, pilihlah jurusan yang betul-betul adik-adik minat. Kalau adik rasa tak boleh bawa jurusan tu, tolonglah jangan mohon…bukan sebab apa, takut nanti adik-adik belajar separuh jalan je. Tak kiralah adik-adik ambil jurusan apa pastikan adik-adik berusaha bersungguh-sungguh dalam jurusan yang adik-adik pilih tu.
Oh ya, mesti ada yang tanya…’U ambil jurusan ape?’
I ambil jurusan Pengurusan Harta Tanah. Kalau Uall berminat, bolehlah ambil jurusan nie. Peluang kerja…oklah. Belajar…setakat nie ok lagi. Gaji nanti kerja…nanti bila I kerja I bagi tau.
Nota: Buat adik-adik yang baru dapat result tu nasihat I, silalah rujuk senior-senior yang pernah ambil jurusan yang korang nak ambil tu sebab takut korang hanya terpengaruh dengan nama jurusan sahaja. Yalah, dengan nama jurusan punyalah best dan gempak tapi bila U dah start belajar rupanya U tak boleh bawa jurusan tu…susah juga. Dah kena tukar jurusan pula.
I rasa I sukalah guna I dan U bila menulis. Sebab ianya lebih ringkas dan jimat ruang. I = aku/saya, U = kamu/awak dan Uall = korang... hehehe....
No comments:
Post a Comment