>>> PERCAYALAH pada Allah..percaya SUNGGUH-SUNGGUH, jangan ragu-ragu..jangan berprasangka, YAKINLAH dengan sepenuh hati..ketentuanNYA pasti yang TERBAIK.. (drpd fb Lelaki soleh idaman wanita solehah)
Jemputlah masuk, pintu tak kunci... Eh, tak nak masuk ke? Kenapa singgah kalau tak masuk...
Tuesday, December 6, 2011
Dalam Istikharahmu...
>>> PERCAYALAH pada Allah..percaya SUNGGUH-SUNGGUH, jangan ragu-ragu..jangan berprasangka, YAKINLAH dengan sepenuh hati..ketentuanNYA pasti yang TERBAIK.. (drpd fb Lelaki soleh idaman wanita solehah)
Tuesday, November 15, 2011
Oh Teman...
Sunday, October 23, 2011
Pandai memilih bahasa...
Monday, October 10, 2011
Setelah tesis pasal monyet gagal
Prof Dr : Maaf. Tesis kamu mengenai monyet itu tidak diluluskan. Kamu kena buat tesis baru.
Aku : What???
Prof Dr : Terimalah kenyataan seadanya...
Aku : Waaaaaaa............
Setelah beberapa hari mengurungkan diri didalam bilik
1) Pandangan pelajar siswi terhadap masalah monyet di kolej kediaman. (nak ada kaitan dengan monyet sebab maklumat semua dah ada)
2) Pandangan pelajar siswi terhadap pekerja-pekerja lelaki yang sering masuk ke asrama untuk menyenggara bangunan. (nak minta pandangan pelajar nie)
3) Masalah-masalah yang dihadapi pelajar untuk hadir ke kelas setiap hari. (apalah masalah diaorang nie @ aku yang malas pergi kelas)
4) Sahabat baik, selamanya atau tikam belakang. (tajuk best nie)
5) Salah ke untuk berfashion untuk ke kelas. (wah...hangat topik nie)
Untuk memulakan membuat tesis yang baru, aku memerlukan semangat yang tinggi dan teguh seteguh pokok kelapa di tepi pantai. Aku juga perlu idea-idea yang bernas, bagus dan berkualiti. Jadi, untuk mendapatkan idea-idea yang bernas, bagus dan berkualiti ini, aku perlulah sumber2 yang boleh dipercayai. Aku akan kumpulkan semua maklumat mengenai tesis baru aku ini dan kemudian baru karang tesis. Ok, nak cari journal sekarang....
Sunday, October 9, 2011
Keluarga baru…
Tuesday, October 4, 2011
Carta Hati...
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita
lalalalala.. mmm…
Monday, October 3, 2011
Tesis : MONYET
Sunday, September 25, 2011
eee...sengalll...
Pandai cakap pandai buatlah. Kalau kau tak boleh nak jaga hati orang, aku pun boleh buat jugalah. Tak payah nak kesah pasal hati kau. Kau tak tau jaga hati orang...mesti kau nie jenis tak kesah orang tak jaga hati kau kan... eee...sengalll...
Tuesday, September 13, 2011
Pelajar kanan???
Pengalaman hari nie...
Saturday, June 11, 2011
Tak ucap bukan bermakna tak ingat...
Saturday, May 7, 2011
Salah teka...
Monday, April 25, 2011
Ingatlah...
Nampak macam senang dibuli tapi hakikatnya…
Nampak macam sopan dan santun tapi hakikatnya…
Nampak macam bodoh tapi hakikatnya…
Nampak macam rajin tapi hakikatnya…
Jangan mudah tertipu dengan apa yang dilihat oleh mata. Cubalah lihat dengan mata hati pula sesekali tu. Apa yang dilihat oleh mata tidak semestinya betul dan kadang-kadang apa yang kita lihat hanya gambaran yang tidak nyata.
“Bodoh, jangan nak ingat aku adalah orang yang senang-senang kau nak main-mainkan. Kau ingat aku tak ada perasaan. Salah kaulah, siapa suruh minta tolong aku. Kalau kau pandai sangat buatlah sendiri. Jangan ingat aku budak praktikal, kau bolehlah buli aku sewenang-wenangnya...”
Ingatlah, semua orang ada perasaan. Kalau tak yakin dengan bantuan orang lain kenapa tidak buat sendiri. Jangan salahkan orang lain diatas kebodohan diri sendiri. Janganlah selalu menunding jari pada orang lain. Kesalahan sendiri disembunyikan, kesalahan orang lain ditunjukkan. Satu lagi, jangan terlalu menjaga tepi kain orang lain, kain sendiri dibiarkan terkoyak. Fikir-fikirkan…
Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain…
sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.
Hidup ini sungguh sangat singkat sekali ..
Jadikan lebih bermakna dan indah dengan segala amal kebaikan kita..
Selamat Mendoakan orang lain!!!
Tuesday, March 29, 2011
Tali Ukur.
Teringat pula waktu zaman sekolah dulu.
"Sekarang kamu berada di sini. 15 tahun yang lepas telah kamu tinggalkan kini hanya ada 45 tahun lagi. Dua tahun lagi kamu akan habis belajar. Dua tahun inilah yang akan menentukan kehidupan kamu lagi 43 tahun akan datang. Jadi gunakan sebaik mungkin selama dua tahun ini supaya kehidupan kamu 43 tahun yang akan datang tidak sia-sia."
Nota: Aku akan sentiasa ingat apa yang guru aku pesan padaku. Walaupun aku dah tinggalkan sekolah tu dekat 5 tahun tapi kenangan sepanjang aku berada dekat sekolah tu tak akan aku lupakan. (‘’,)
Monday, March 28, 2011
Menarik juga harta tanah nie...
Semalam I dapat call dari Newzeland…hehehe macam jauh je. Sebenarnya, I dapat call daripada mak angkat I yang duduk dekat Felda Newzeland, Pahang. Ok, jangan tanya I dekat mana sebab I tak pernah sampai
Mak angkat I call tanya pasal jurusan
Oklah, buat adik-adik yang baru dapat result SPM tu. Nasihat I, pilihlah jurusan yang betul-betul adik-adik minat. Kalau adik rasa tak boleh bawa jurusan tu, tolonglah jangan mohon…bukan sebab apa, takut nanti adik-adik belajar separuh jalan je. Tak kiralah adik-adik ambil jurusan apa pastikan adik-adik berusaha bersungguh-sungguh dalam jurusan yang adik-adik pilih tu.
Oh ya, mesti ada yang tanya…’U ambil jurusan ape?’
I ambil jurusan Pengurusan Harta Tanah. Kalau Uall berminat, bolehlah ambil jurusan nie. Peluang kerja…oklah. Belajar…setakat nie ok lagi. Gaji nanti kerja…nanti bila I kerja I bagi tau.
Nota: Buat adik-adik yang baru dapat result tu nasihat I, silalah rujuk senior-senior yang pernah ambil jurusan yang korang nak ambil tu sebab takut korang hanya terpengaruh dengan nama jurusan sahaja. Yalah, dengan nama jurusan punyalah best dan gempak tapi bila U dah start belajar rupanya U tak boleh bawa jurusan tu…susah juga. Dah kena tukar jurusan pula.
I rasa I sukalah guna I dan U bila menulis. Sebab ianya lebih ringkas dan jimat ruang. I = aku/saya, U = kamu/awak dan Uall = korang... hehehe....
Sunday, February 27, 2011
My big boss
Hari jumaat yang baru nie, tiba-tiba je big boss tempat aku buat praktikal tu datang dari
Big boss syarikat tempat aku buat praktikal nie gelaran datuk tau. Alaa…bukan datuk yang ada cucu tu tapi datuk pangkat. Dia masuk je dalam pejabat terus dia pergi tengok2 semua tempat dalam pejabat. Adalah dia masuk dalam bilik tempat aku duduk. Aku pun bangunlah, sekali dia hulur tangan pula. Dalam nak tak nak aku pun sambutlah, dalam hati aku cuma anggap dia nie macam atuk-atuk aku je. Hehehe…
Lama jugalah dia duduk dalam pejabat tu, dari pukul 4 sampai pukul 5 petang. Bila dia keluar je, mulalah kakak2 dan abang senior aku tu buat agenda dia. Alaaa…macam aku jugalah, bila dia balik je dah mula nak cerita apa yang berlaku…atau nama lain buat kesimpulan sendirilah. Kelakar je tengok senior2 aku nie…Oh ya, aku tak join diorang ok. Tak kuasa aku nak join…tapi aku tumpang dengar je…hehehe…
Ha, bila nak balik tu…sempat pula abang senior aku tu cakap “nak balik dah ke, ke balik dengan datuk? Datuk dah tunggu tu kat bawah.” Emm…sabar jelah dengan senior aku nie. Kalau ikut hati nak je aku menjeri dekat dia biar dia tersentap kejap. Hehehe…
Oh ya, aku sukalah dengan cara datuk tu. Sangat perihatin dan mengambil berat terhadap semua pekerja bawahan dia sampaikan office boy kat pejabat aku tu pun dia layan baik je. Suka3x…nie yang rasa nak terus kerja dekat syarikat tu je lepas habis belajar dekat u nanti. Satu lagi, aku mula terfikir yang aku nak sambung ambil lesen untuk valuer ar lepas habis belajar nie. Emm…untuk sambung master tu, mungkin tidak kut sebab dengan adanya lesen tu aku bolehlah buka syarikat sendiri.
Secebis nota dinding: Aku akan
Tuesday, February 8, 2011
Aku telah jatuh hati...
Oh tidakkkkkk………….
Aku rasa, aku dah mula suka dekat dialah. Sejak kali pertama aku lihat dia, aku terus suka dekat dia. Hari-hari tengok muka dia pun rasa tak jemu malah lagi suka adalah. Muka punyalah kacak, bergaya pula tu…tinggi, smart…sempurnalah….. Aku nak tujukan lagu nie khas buat dia…Tajuk lagu nie Pujaan Malaya sebab aku tau ramailah gadis-gadis Malaya diluar
Pujaan Malaya oh oh oh uuu
Kau pujaan hmmm aiyaiayaai
Pujaan uuuuuuuu
Hati…Dihantu bayanganmu
Rindu…Termimpi tiap waktu
Ow ow woh
Cinta…Bercampur curiga
Kerna…Kau satu-satunya
Pujaan Malaya
Hei sayangku
Akulah pemujamu
Sampai bila-bila
Cintaku
(ai yai yai yai)
Chorus
Tiada…Apa dapat menghalang
Tiada…Kau aku gila bayang
Tiada…Cintamu ku tak senang
Cemburu…Resahku tak menentu
Dirimu…Segalanya sempurna
Oh kanda…Sungguh aku tergoda
Pujaan Malaya
This aint no lie
Hari ke hari ku ternanti-nanti
Cintamu tidak terbanding
Nyata tiada setanding
Walau ku rentas benua
Terbentang luas angkasa
Tak seluas cintaku
Come on my baby
Let’s get it on
Terbang…Cintamu buatku layang
Renyuk…Resah bila kau pujuk
(Ow ow woh)
Mama…Bilang jangan ku percaya
Lelaki…Akan memuja hanya pada mulanya
Nasib kita
Bukan semua sama
Tapi ku
Agar tak merana
Tiada…Apa dapat menghalang
Tiada…Kau aku gila bayang
Tiada…Cintamu ku tak senang
Cemburu…Resahku tak menentu
Dirimu…Segalanya sempurna
Oh kanda…Kau Pujaan Malaya
Cemburu
Ai yai yai yai
Resahku tak menentu
Dirimu…Pujaan Malaya
Sungguh ku tergoda
Bahagia
Tahun Baru Cina...
Tuesday, February 1, 2011
“Eh ya ke angah…”balasnya sambil matanya juga tidak beranjak dari skrin tv.
Tunggu punya tunggu sekali tak muncul-muncul pulak Farhin Ahmad dalam cerita nie. Tiba-tiba keluar ar Tizz Zaqyah…
“Eh, bukanlah. Nie cerita gemilangkan. Oooo….yang aku cakap Eja belakon tu cerita lain…hehehe…”ujarku perlahan.
“Cerita nie Tizz Zaqyahlah yang belakon angah…”balas adikku.
“Ha’alah…”aku terus diam.
Bila aku tengok cerita gemilang semalam, aku terus teringat dekat Cikgu Busra…cikgu matematik aku waktu aku sekolah rendah. Sebab cikgulah saya hafal sifir 2 sampai 9. Mana taknya, bila waktu kelas dia je semua kena baca sifir sebelum dia masuk kelas. Kita orang satu kelas kena sambut kedatangan cikgu tu dengan sifir. Time kelas dia je semua kena senyap. Mana boleh bercakap dalam kelas. Tapi aku nie bukan pelajar yang baik dan dengar katakana. Pernah jugalah sekali tu kepala aku nie kena ketuk dengan buku teks darjah 4. Kalau nipis tak apalah juga nie tak punyalah tebal buku teks tu. Pening kejap…
Kalau tak ada kerja rumah mesti tak sah. Tiap-tiap hari mesti ada je buah tangan (kerja sekolah) yang cikgu tu bagi. Buku kalau tak bertampal-tampal dua tiga buah memang tak sah. Pembetulan yang salah memang wajib buat. Hampir semua latihan dalam buku teks tu kena buat. Lepas tu, kena ada sebuah buku sifir. Buku sifir tu pulak kena buat sendiri. Aku terpaksa habiskan masa cuti sekolahku untuk buat sifir. Sampaikan aku siap bawak balik kampung lagi buku sifir tu…
Kenangan sungguh. Sampaikan mak aku pun beli buku rujukan matematik sebab nak ajar aku matematik dekat rumah. Dulu waktu aku darjah 1,2 dan 3 aku nie kurang sikit dengan matematik nie. Tapi bila naik je darjah 4 dan 5, cikgu nielah yang ajar aku matematik sampai aku habis sekolah menengah pun aku tak pernah gagal dalam subjek matematik nie….
Nota: Rindunyalah zaman sekolah dahulu kala. Doremon, boleh pinjam skrin tv masa lampau tak aku nak tengok semula kenangan-kenangan aku di zaman aku sekolah rendah… Futurama, ada taka lat yang canggih sehingga membolehkan aku mengesan dimanakah kawan-kawan aku zaman sekolah dulu…. Upin dan ipin, jom kita pergi mengembara bersama untuk mencari kawan-kawan lama aku….. Conan tolong siasat dimanakah tempat tinggal mereka sekarang.
Thursday, January 27, 2011
890123…
Eh, dia tak tidur lagi rupanya…Nie mesti member-member dia buat birthday party untuk dia sebab tu dia tidur lambat nie. Tadi aku hantar mesej selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 21 tahun…lepas tu dia balas yang dia bukan 21 tapi dah 22 tahun nie… Jap3x…22 tahun? Dia tua daripada aku setahunlah maknanya…tapi kenapa dia tak pernah cakap apa-apa pun waktu kat matrix dulu. Pelik nie…
Dengan pelik, hairan dan confusenya aku pun tanyalah dia… Manalah tau selama nie dia berahsia dengan aku bab-bab tahun lahir nie. Dia pun balas, eh…kitakan 22 tahun, tahun nie. Kamu nie perasan mudalah… Oh, tidak!!! Aku dah 22 tahun ke???
Ok, nak sambung dengan cerita nie…
Hari ahad lepas, ahad yang baru lepas nie, ya hari ahad yang nie baru je 3, 4 hari berlalu tu…Aku bawalah sepiring kuih talam keladi pergi rumah nenek aku. Hehehe…cucu yang baik, melawat nenek siap bawa kuih talam sepiring lagi…sebenarnya kuih talam tu bukan aku yang buat, ada orang bagi…
Sembang-sembang-sembang dengan nenek tiba-tiba nenek tanya pula soalan yang memang selalulah dia akan tanya setiap kali aku jumpa dia…Ha..
Ok, semua salah…soalan yang biasa dia tanya ialah…. Angah dah ada pakwe? (Semua family aku panggil aku angah sebab anak no 2
Aku dengan muka buat-buat terkejut pun buat-buat tanya apa nenek cakap tadi. Saje je buat-buat tak dengar pula dengan soalan-soalan macam tu. Nenek pun tanyalah soalan yang sama, aku bajet nenek tukarlah soalan lain rupanya dia tanya soalan yang sama gak. Aku pun jawablah dengan yakin dan semangatnya…”Tentulah, tak ada nek….”hehehe…
Bila aku balik rumah, aku ceritalah yang aku dah bagi kuih talam keladi tu kat nenek siap bersembang dengan nenek lagi.
Mak pun cakap, “bagi kuih ada makna tu.”
Abah pula cakap, “Dalam cerita P.Ramli tu…pelajar mengurat anak tok guru tapi kau nie anak tok guru mengurat pelajar.”
Sebenarnya, kuih talam tu mak kawan aku @ kawan abah dan mak yang bagi. Aku belajar silat dekat rumah dia, lepas abis silat tu dia bagi kuih talam tu suruh aku bagi kat mak aku. Tu yang jadi isu sekarang nie….
Aku pun pandang abah dan berkata, “Abah nak hantar orang belajar silat dekat MMU ke?” hehehe…ayat berbau ugutan disitu.
Mak pula berkata, “Abang, karang ada pula yang tak nak pergi belajar silat dah.”
Aku dalam hati berkata…’tau tak pa.’
Aku memang tidak suka dan tidak gemar dengan benda-benda yang macam nie. Tolonglah jangan laga-lagakan aku dengan sesiapa sebab aku bukannya ikan laga. Mak dengan abah nie ada-ada je nak kenakan aku. Dulu dengan anak ustazah sekarang dengan anak tok guru pula…entah ape-ape je…
Kata2 azimatku: Aku dah 22 tahun dan mempunyai 2 orang anak tapi tak ada suami. Hehehe…itu maknanya yang dua orang anak itu adalah anak buahku. Usiaku masih muda dan perjalanan hidupku masih panjang…sijil ijazah belum lagi kugenggam, impian aku belum lagi tercapai. Jasa ibu dan ayah juga belum lagi aku balas… So, yang tak penting tolak tepi dulu ya….