Wednesday, April 3, 2013

Kecurian buah pisang...


26 Mac 2013 – Melaka, penduduk di Kampung Sungai Udang Jaya dihantui perasaan geram dan marah apabila buah pisang yang ditanam mereka dicuri. Kejadian terbaru, seorang surirumah menjadi mangsa kehilangan buah pisang yang ditanamnya. Kejadiaan seperti ini dikatakan sering berlaku sejak beberapa bulan ini. Ini adalah kerana terdapat beberapa laporan kehilangan buah pisang daripada beberapa penduduk kampung itu sebelum ini.

Kejadian terbaru yang dilaporkan berlaku pada 25 Mac 2013. Buah pisang itu dipercayai dicuri pada malam sebelumnya berikutan laporan yang diterima daripada pemilik dan jiran-jiran pemilik. Pn Salmah, pemilik kepada buah pisang itu berkata, “Aku geram betul dengan siapa yang curi pisang aku nie. Kalau aku dapat dia siap dia aku kerjakan.” Tambahnya lagi, dia sangat tidak berpuas hati dengan sikap sesetengah penduduk kampung itu yang menceburi bidang membuat kerepek pisang selepas bapa saudaranya mula maju dalam bidang pembuatan kerepek pisang di kampung itu.

Cik Munirah Nasir yang merupakan ketua kelab wanita kampung berjaya dikampung itu berkata, “Saya aku cuba pastikan semua wanita akan terbela dan segala apa yang berlaku kepada semua ahli kelab saya akan saya selesaikan. Saya minta kerjasama daripada semua pihak, sesiapa yang ada maklumat berhubung kecurian buah pisang ini menghubungi saya di bilik gerakan kelab kami.” Cik Munirah Nasir juga turut hadir bagi melihat sendiri tempat kejadian buah pisang hilang di kampung itu. Keperihatinan yang diberikan oleh ketua kelab wanita kampung berjaya ini perlu menjadi contoh kepada semua diluar sana.

Selain yang hadir melihat sendiri tempat kejadian ialah Tuan Hj Nasir Omar iaitu top 5 tokoh contoh di kampung itu. Beliau turut memberi beberapa nasihat dan panduan kepada pemilik-pemilik pokok pisang di kampung itu supaya sentiasa berjaga-jaga dengan buah pisang mereka.

( Gilalah, buah pisang pun nak curi. Kau jual buah pisang curi lepas tu kau dapat duit… kau ingat duit tu boleh kenyangkan kau ke??? Nak menjual tu tolonglah gunakan cara halal jangan mencuri. Kesihan pada mereka yang menjadi mangsa kena curi, kalau kau dekat tempat mereka apa kau buat ???) 

Hentikan pencurian buah pisang

Report Mengajar...


Tarikh : 3 April 2013
Masa : 8.30 pm – 9.30 pm (1 jam) 
Tempat : Taman Mutiara Rini, 81300, Johor Bahru
Nama Pelajar:Syasya (Darjah 6), Adam (Darjah 2)
Subjek : Sains & Membaca (1 jam)

Isi:
1. Darjah 6, saya berikan pelajar buku latihan dan minta pelajar untuk buat soalan latihan sains kertas satu dan minta pelajar menjawabnya. Pelajar menghabiskan masa lebih daripada setengah jam untuk kertas satu itu. Jadi, kertas dua untuk soalan itu tidak dapat dihabiskan dan mungkin akan disambung pada minggu hadapan.
2. Darjah 2, saya berikan kertas yang mengandungi cerita ikan yang suka menipu. Saya minta pelajar untuk membacanya. Setelah selesai membacanya, saya menceritakan semula apa sebenarnya cerita yang dibacanya itu.

Tindak Balas pelajar:
1. Pelajar darjah 6 memberikan respon yang bagus terhadap apa yang saya sampaikan. Pelajar tidak segan untuk bertanya jika pelajar tidak dapat menjawabnya.Saya lihat, pelajar ada masalah dalam memahami kehendak soalan untuk soalan yang panjang. Ada beberapa soalan yang pelajar tidak dapat menjawabnya dengan betul.
2. Pelajar darjah 2 pula sangat diam dan senyap. Ada sedikit masalah dengan pembacaannya iaitu pelajar mempunyai masalah dalam membunyikan 4 suku kata. Pelajar sudah nampak perubahan. Pembacaannya makin lancar daripada sebelumnya.



"Segala laporan yang diberikan adalah benar berpandukan pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar kelas tuisyen ini"


- Perh....I buat report mengajar, maksudnya??? Hahaha....I bukan cikgulah, I tau I tak layak jadi cikgu pun...so, saje je wab report nie untuk persediaan masa hadapan....