Tuesday, April 13, 2010

Mak & Abah

Tadi acik call cakap yang mak masuk hospital sebab darah tinggi. Acik suruh Aq call abah balik. Lepas abis bercakap dengan acik, Aq terus call abah. Aq tanya abah dekat mana. Abah cakaplah yang dia dekat hospital sekarang nie tengah tunggu mak. Mak masuk hospital tadi petang sebab darah tinggi. Mungkin mak kena tahan dekat wad. Abah tanya bila Aq punya paper lagi. Aq pun cakaplah, ari rabu nie dengan ari jumaat. Abah pesan nanti nak balik call dia sebab abah nak datang ambil. Abah suruh Aq study dan jangan bimbang pasal mak. Apa2 nanti abah call balik. Aq pun cakap ok.

Malam tu dalam pukul 11 lebih Aq call abah balik sebab nak tau macam mana mak. Abah cakap mak kena masuk wad. Abah pesan lagi jangan bimbang dan study elok2. Aq pun cakap ok. Lepas call abah Aq pun ym dengan acik. Aq bagi tau dekat acik yang abah suruh study elok2.

Besarnya pengorbanan seorang ayah. Sebenarnya abah cuba berusaha untuk Aq dan acik tak tau pasal mak sebab tak nak ganggu kami yang masih dalam minggu exam. Abah cuba tenangkan kami dengan mengatakan yang mak tak apa2. Abah juga berpesan pada kami agar tidak bimbang dengan keadaan mak dan menasihatkan kami untuk terus study.

Aq akan terus belajar dan belajar sehingga suatu hari nanti Aq mampu membalas jasamu. Cuma satu yang Aq minta padamu, doakanlah anakmu ini agar anakmu ini berjaya dalam hidupnya dunia dan akhirat. Aq mengharapkan doa kedua ibu bapaku untuk Aq meneruskan kehidupan ini. Aq menyayangimu ayah dan ibuku...



Abah & Mak yang Aq sayang...

P/s: Aq terlalu menyayangi mereka. ’Ya Allah, kau lindungilah kedua-dua ibu bapaku, rahmatilah dia dan berkatilah dia. Panjangkanlah umurnya dan murahkanlah rezekinya.’ Sayang mak & abah sampai bila2... (’’,)

No comments:

Post a Comment