Wednesday, April 14, 2010

Final Exam untuk sem 4







Alhamdulillah, semester 4 pun hampir sampai kepenghujungnya. Tinggal satu lagi paper sebelum berakhirnya semester 4 ini. Biasalah, setiap semester akan berakhir dengan final exam. Tak sabar rasanya untuk pulang ke kampung halaman...(asal rasa macam ayat nie pelik je...hehehe)

Semester nie tak banyak subjek pun cuma ada 5 subjek je. Jumlah keseluruhan kredit untuk semester nie ialah 14, sikitkan….dahlah semester nie Aq tak amik koQ. Tak apalah, semua tu tak penting yang penting CGPA.

Masuk hari nie dah 4 paper yang Aq dah jawab cuma tinggal satu paper je lagi ari jumaat nie. Buat masa nie semuanya Alhamdulillah dapat jawab tapi masalahnya Aq tak taulah jawapan Aq tu nanti betul atau salah. Tak apalah yang penting Aq dah jawab semuanya.

Rasa macam baru je semalam Aq masuk untuk semester 4...hehehe.... Abis je semester 4 nie bermakna Aq masih tinggal 4 semester lagi. Wah...seronoknya, lagi 2 tahun lepas tu dah konvo. Tak sabarnya nak konvo... ”Mak, Abah, angah dah nak abis belajar...” opss....terlebih sudah....

Abis belajar Aq kena kerja. Masih ada lagi impian Aq yang belum tercapai. Aq perlu memenuhi impian Aq dulu.....hahahaha.... macam dalam tv pulak (impian ilyana) Haa...samalah tu cuma kali nie bukan impian ilyana tapi impian Aq. Nak tau apa impian Aq? Mana boleh cakap, nantilah....

P/s: Aq tak sabar nak balik rumah... nak jumpa mak, abah, adik-beradik, anak buah, saudara-mara, kawan-kawan dan semualah.... Melaka nantikan kedatangan Aq...hehehehe.....

Tuesday, April 13, 2010

Mak & Abah

Tadi acik call cakap yang mak masuk hospital sebab darah tinggi. Acik suruh Aq call abah balik. Lepas abis bercakap dengan acik, Aq terus call abah. Aq tanya abah dekat mana. Abah cakaplah yang dia dekat hospital sekarang nie tengah tunggu mak. Mak masuk hospital tadi petang sebab darah tinggi. Mungkin mak kena tahan dekat wad. Abah tanya bila Aq punya paper lagi. Aq pun cakaplah, ari rabu nie dengan ari jumaat. Abah pesan nanti nak balik call dia sebab abah nak datang ambil. Abah suruh Aq study dan jangan bimbang pasal mak. Apa2 nanti abah call balik. Aq pun cakap ok.

Malam tu dalam pukul 11 lebih Aq call abah balik sebab nak tau macam mana mak. Abah cakap mak kena masuk wad. Abah pesan lagi jangan bimbang dan study elok2. Aq pun cakap ok. Lepas call abah Aq pun ym dengan acik. Aq bagi tau dekat acik yang abah suruh study elok2.

Besarnya pengorbanan seorang ayah. Sebenarnya abah cuba berusaha untuk Aq dan acik tak tau pasal mak sebab tak nak ganggu kami yang masih dalam minggu exam. Abah cuba tenangkan kami dengan mengatakan yang mak tak apa2. Abah juga berpesan pada kami agar tidak bimbang dengan keadaan mak dan menasihatkan kami untuk terus study.

Aq akan terus belajar dan belajar sehingga suatu hari nanti Aq mampu membalas jasamu. Cuma satu yang Aq minta padamu, doakanlah anakmu ini agar anakmu ini berjaya dalam hidupnya dunia dan akhirat. Aq mengharapkan doa kedua ibu bapaku untuk Aq meneruskan kehidupan ini. Aq menyayangimu ayah dan ibuku...



Abah & Mak yang Aq sayang...

P/s: Aq terlalu menyayangi mereka. ’Ya Allah, kau lindungilah kedua-dua ibu bapaku, rahmatilah dia dan berkatilah dia. Panjangkanlah umurnya dan murahkanlah rezekinya.’ Sayang mak & abah sampai bila2... (’’,)

Saturday, April 10, 2010

Birthday Party 8/4...('',)

Bila keyboard mula ditekan, macam2 plak idea yang muncul dalam kepala minta dikeluarkan. Oklah, nak ceta pasal semalam. Apa yang berlaku semalam? Hahahaha..... Begini ceritanya...

Semalam birthday Amalina Yusof jadi, dia adalah buat makan2 sikit. Aq pun terlibatlah dalam menolong untuk bahagian makanan. Aq dengan Nina sebenarnya. Bila Aq jumpa Nina, idea lain pulak muncul. Nina cadang nak sambut semua birthday geng2 skuad 19 yang lahir pada bulan April & May. Macam2 cadanganlah yang keluar untuk kenakan diorang yang lahir pada dua bulan nie. Dalam bincang2 tu tiba2 keluarlah idea untuk curi barang diorang sendiri dan jadikan barang diorang yang dicuri tu sebagai hadiah. Ok, cadangan ditutup maka kami pun mulalah berbincang barang apa yang akan kami curi....(tak sedaplah panggil curi, tukar2 curi=ambik)

Nina pun keluarkan senarai nama skuad2 yang akan disambut birthdaynya. Aq pun ambil pensil dan tulis barang2 yang bakal diambil dalam kata lain barang2 yang bakal hilang ar. Nantilah, last sekali nanti aku senaraikan barang apa yang mereka hilang sebab sekarang Aq nak cerita perjalanan rancangan tu dulu. Oklah, nak senangkan kerja....kami pun melakukan rancangan nie secara beramai-ramai. Kerjasama itu yang penting. Ramai juga yang terlibat sebenarnya...hehehehe.....

Oklah, sekarang nak cerita macam mana kami ambik barang2 tu pulak. Barang yang pertama kami ambik adalah selipar biru tini. Hahaha..... Eifa, simpan dalam bilik dia. Lepas tu Aq pun masuklah bilik Amalina dengan Nina. Aq dah agak dah Amalina mesti tak ada dalam bilik sebab selipa dia warna merah tak ada dekat rak(Aq faham sangat dengan dia tu). Waa...peluang keemasan bagi Aq dan Nina untuk ambil barang dia. Setelah dikaji dan dinilai Aq pun mencadangkan untuk ambil kalkulator dia sebab Aq tau dia ada exam esok petang. Relax....sebelum Aq ambil Aq dah pakat dengan Rozek dan Rozek setuju pinjamkan kalkulator dia pada Amalina esok. Selesai satu lagi. Sebenarnya bukan kalkulator je.... teddy bear dia pun kitaorang ambil juga.....hahahaha......

Kemudian, kami (Aq, Nina, Aina, Hanim dan Eifa) pergi garaj motor pula. Sekarang sesi untuk mencari mombor plat motor ego yang bermula dengan huruf C. Hahahaha......tak susah pun sebab motor ego kat garaj tu ada 2 je. Kalau amik dua2 pun ok gak, sebab dua2 pemilik motor tu merupakan salah seorang mangsa kami. Dalam kepekatan malam sekitar 12 lebih ar, Eifa dan Aina pun berusahalah menanggalkan no plat motor ego itu bersaksikan kami dan yang lain. Ok, selesai tiga orang. Hahahaha.....

Keesokannya bermulalah acara pengambilan barang untuk mangsa2 seterusnya. Aq terserempak dengan Dayah dekat foya, dia nak keluar beli makanan waktu tu Aq baru balik. Aq pun singgah bilik Azie sebab nak bincang something(tak payah ar tulis kat cni nanti panjang plak). Kebetulan lepas abis bincang tu Nina datang dan Azie pulak pergi toilet. Cantek..... Aina ajak kitaorang masuk bilik Dayah. Kahkahkahkah......Zati roommate Dayah call Aina ckap line clear. Apalagi, kamipun (Aq, Nina, Kak Long dan Aina) kami ambil wayar yang menyambungkan cpu dengan suis, keyboard dan krim dia. Lepas tu, Aina bagi Nina kunci motor Azie. Azie pun salah seorang mangsa gak sebenarnya. Ok selesai dua benda dalam satu masa. Hahahaha..........
Petang tu dalam pukul 6 lebih nak dekat pukul 7 sekali lagi Aq dan Nina menjalankan operasi kami. Kali nie Nina masuk bilik Syima dan Aq cover line. Handphone Syima dengan Syampo dia kami ambik. Lepas tu, Nina masuk bilik Che Pah dan Aq pula pergi tandas buat2 berborak dengan Che Pah...sebenarnya tu saje je sebab nak cover linekan. Selesai dua lagi.....hahahaha..........

Dalam pukul 7 lebih, Aq dan Nina pergi pula ke bilik Nur. Nur bukan mangsa tapi roommate dia. Aq duduk depan pintu dan Nina masuk ambil handphone Ana atas meja study dia. Ok, selesai lagi satu.......... Sebenarnya masih ada seorang je lagi tapi disebabkan tak ada kesempatan masa kami pun tak jadi ambil barang dia. Barang2 tu kami simpan dekat bilik Yaya. Tau tak sebenarnya ada kes jugalah.... Em....nanti Aq cerita dalam bahagian sebalik tabir laa.....

Malam tu kecohlah Ma1 aras 1 nie dengan kehilangan handphone dan kunci motor. Dalam keriuhan itu, majlis bacaan yasin dan makan malam yang dianjurkan oleh Amalina masih berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah.....ramai gak yang datang menghabiskan bihun, pizza, keropok(snek) dan air (air gas + air teh). Kehilangan yang tidak dijangka berlaku itu membuatkan Azie bertekat untuk report kat felo. Tapi nasib menyebelahi kami(perancang), felo tak ada dekat bilik. Mereka nie pun bincang sesama mereka dan diaorang pun buat ’sport check’ tanpa pengetahuan yang lain. Hahahaha......mejority kunci bilik malam tu macam manalah diorang nie nak g buat ’sport check’...... Kalau nak tau, diaorang ada masuk bilik Kak Long sebab diorang syak Kak Long tapi Kak Long lebih bijak menyimpan barang. Diorang cari tapi tak jumpa.....kwang...kwang....kwang...kwang.... (Diaorang tu = Dayah, Azie dan Aina)

Majlis makan malam yang Amalina anjurkan tu lambat sangat habis rank2 holder pun buat perjumpaan tergempak dekat bilik Nina sebab nak bincang pasal kehilangan barang tu. Setelah ramai berkumpul.....Nina pun keluarkan kek. Kek tu dah siap dinyalakan lilinnya oleh Aq dan Yaya. Aq ikut belakang Nina bawak beg plastik sebagai hadiah kepada mereka yang sambut birthday. Che Pah dengan Syima gelak tengok handphone dalam beg plastik tu. Dayah pun sama sebab jumpa satu hadiah yang berbalut dengan surat khabar....krim dia..... Oh ya, dalam beg kertas tu ada bear kecil. Lepas tu, Nina suruh mereka ambil sendiri hadiah mereka dalam kedbag bawah katil Nina. Gelak sakanlah sebab diorang dapat barang2 diorang balik. Tini dah tergelak dulu walaupun tak bukak lagi hadiah dia sebab dia dah tau mesti selipar dia yang hilang tu. Memang pun...... Kitaorang perancang nie pun tak sabar nak tengok Syima bukak hadiah dia sebab dari segi balutan hadiah dia macam menarik ar, lagipun dia memang tak ada hilang apa2 barang kan. Dia pun bukak kemudian........hahahaha.............dia melompat-lompat sambil menjerit kat dalam bilik Nina tu......manalah sangka boleh dapat no plat........ Oh terlupa plak, Azie pun berdebar jugak bila dapat hadiah(Aq rasalah) sebab yang hilang kunci motor tapi hadiah dia bungkus cantik dan agak2 macam saiz kotak cermin mata. Punyalah dia tersenyum bila tengok dalam kotak cermin mata tu ada kunci motor dia.... Dayah.....dia dah pergi discussion sebaik sahaja dapat beg plastik. Dia nak cepat.

Sekarang masih ada satu lagi beg plastik yang mengandungi handphone dengan bear.....mana pemiliknya..... Malam tu memang Ana bad mood abis. Puas juga kami perancang nie cari dia tapi dia menghilangkan diri. Last sekali Shima call dia guna handphone Nur. Dia pun muncul kat foya. Aq dengan muka agak bersalah sebenarnya dan bagi beg plastik tu dekat dia. Alamak, dia marah ar....dia amik beg plastik tu terus pergi dekat tingkap.... Aq tau, Aq yang timbulkan masalah..... Aq pun pergilah dekat dia dan minta maaf balik kemudian bawa dia potong kek.......

Ok, Apa yang kami ambil = hadiah mereka.....
Shima = helmet, shampo dan handphone.
Che Pah = handphone.
Syima = no plat motor.
Azie = kunci motor.
Dayah = krim, keyboard dan wayar yang menyambungkan cpu dengan suis.
Ana = handphone
Tini = sebelah selipar birunya.
Sya = bear.
Amalina = kalkulator, teddy bear dan bantal peluk.

p/s = Happy Birthday Skuadku semua maaflah sebab kami kumpul ramai2 baru sambut jadi ada yang birthday dah lepas ada yang lambat lagi birthday dia tapi kami terpaksa sambut awal. Maaf sangat2 buat korang risau dan kelam kabut sebab barang korang hilang. Semoga usia yang semakin meningkat ini membuatkan kita lebih matang dalam menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Janganlah kita mensia-siakan usia muda kita ini dengan perkara-perkara yang tidak baik. Fikir2kan dan selamat beramal. Sayang semua skuadku….