Saturday, October 31, 2009

Facebook!!!

Facebook...
Smalam, kwn aq bgi tau yg slah stu quiz dlm facebook tu ada kaitan dgn aq. Hai.....panas aq nie.
Nasib baiklah ari nie ada exam so aq tak online lah smalam. Ha, skrang bru berksmpatan nak online sbb next paper ari rabu nie lmbat lgi. Tdi aq bkaklah facebook nak tgk quiz tu, wa.....panas nie! Sapelah yg rjin sngt wat quiz tak logik mcm tu. Quiz tu x logik lgsung bnci aq tgk. Aq rsa yg wat quiz tu msti kwan2 yg aq knal gak cma aq tak tau sapa je. Kalau aq tau sapa, hai......taulah apa aq nak wat. (Hehehe....bnyi mcam ykin je....) Aq dahlah skit ati dgn facebook tu nie tmbah plak mcm nie, lgilah aq skit atie. Benci!!!

Sunday, October 11, 2009

Skudai, UTM


UTM Skudai, Johor.

Tinggal seminggu lagi sebelum study week, apa aku perlu buat nie?

Penilaian Statut....
Undang-undang Harta Tanah....
Ekonomi Perbandaran....
Pengurusan Harta Tanah....
Komunikasi Berkesan....
Islam dan Isu-isu Semasa....

Nak study sekarang ke atau tunggu study week je baru study betul-betul?
Boleh enjoy lagi ke sekarang nie?
Nak teruskan main game kat komputer lagi ke?
Nak terus baca novel dan komik yang melekakan ke?

Kalau korang jadi saya, apa yang korang akan buat sekarang nie?
A) Terus-terusan study.
B) Terus melayari internet.
C) Teruskan dengan aktiviti yang biasa korang lakukan.
D) Terus bersuka-ria.

Jawapannya semua ditangan anda. Tak kiralah apa jawapan anda, semuanya betul sebab soalan tu tak ada jawapan yang spesifik. Apa jawapan anda hanya anda yang tahu sebabnya. Semoga berjaya dengan jawapan yang anda pilih. Jawapan saya...... tentulah tidak ada dalam senarai jawapan diatas.

Panjat Balai Cerap....

Salam....

Lama rasanya tak menulis kat dalam blog nie. Pagi tadi aku ada join Aktiviti KIHAD atau nama penuh dia Kelab Islam Hadhari. Kelab yang ada dekat kolej aku. Kelab nie berunsur kerohanian. Tujuan utama aktiviti yang aku join pagi tadi tu sebenarnya untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli baru dan ahli lama kelab tu.

Setiap apa aktiviti yang dibuat pasti akan ada masalah, tak banyak pun sikit. Macam aktiviti pagi tadi, tujuan dia ok dah cuma penyertaan daripada ahli kelab tu yang kurang. Tak ramai ahli KIHAD yang baru (first year students) join aktiviti pagi tadi. Nasib baik kami ada cara lain untuk meramaikan penyertaan dalam aktiviti pagi tadi. Apa cara yang kitaorang buat, itu rahsia......

Oklah, ramai senior-senior dalam KIHAD yang datang pagi tadi. Jalan hutan yang diaorang bawa juga tidak bahaya sebab jalan hutan tu dah terang seolah-olah memang selalu digunakan oleh orang lain. Pengalaman baru bagi akulah. Pagi tadi adalah kali pertama aku pergi balai cerap ikut laluan hutan. Sebelum nie biasa guna jalan yang bertar je.

Aktiviti dekat atas balai cerap tu tak berapa menariklah. Dahlah sekejap sangat dan tak ada pemenang untuk semua suka-neka yang dia buat. Aku bukan nak cakap tak adil cuma tak bestlah macam tu. Apa-apa pun, aku ok je dengan aktiviti pagi tadi. Kalau boleh lepas nie buatlah dekat tempat lain pula. Rasa macam tak berkembang sebab semua aktiviti selalu buat kat dalam universiti je. Buat semua kawan-kawan baru di KIHAD yang aku baru berkenalan tadi, selamat berkenalan dan semoga kekallah persahabatan kita sepanjang di universiti nie.