Akhirnya… sampai jua aku ke satu zaman yang dipanggil zaman
keseriusan. Zaman keseriusan bermula apabila aku mula membuat projek master.
Zaman keseriusan ini tidak lama, cuma satu semester sahaja. Bagi mengelakkan ke
kelang kabutan dan ke tunggang langgangkan, maka aku mengambil langkah awal
dengan menyediakan beberapa persiapan awal menghadapi zaman keseriusan itu.
Setelah berbincang + bersembang + bertanya + bersoal jawab +
berbagai lagi, akhirnya aku berjaya menemukan tajuk yang dianggap sangat sesuai
untuk dikaji dan dikupas lebih mendalam dalam projek master ini iaitu….
Tajuk: Pengaruh cerita-cerita dongeng kepada kehidupan
seharian remaja.
Inilah salah satu contoh cerita dongeng yang menjadi kegilaan remaja... |
Ya, nampak mengarut dan tak logik tapi inilah yang berlaku
dalam kehidupan remaja sebenarnya… Tak
percaya? Ia akan dibuktikan dalam penyataan masalah dibawah…
Pernyataan Masalah:
1) Menjadi trend bila kawin nak pakai tema cerita dongeng
terutama Cinderella.
2) Terdapat banyaknya cerita-cerita yang ditayangkan di
television yang bertemakan cerita dongeng versi moden.
3) Tajuk-tajuk novel juga banyak yang berkaitan dengan
tajuk-tajuk cerita dongeng.
Setakat ini sahaja dulu penyataan masalah untuk tajuk projek
ini. Penyataan masalah yang lain akan dikeluarkan sekiranya perlu semasa viva
nanti.
Objektif:
1) Mengkaji kesan cerita dongeng kepada remaja kini.
2) Mengenal pasti aspek-aspek yang digilai remaja dalam
cerita dongeng.
Objektif yang disediakan akan kukuh, ditambah dengan
penyataan masalah yang memang sangat masuk akan. Dengan adanya tiga benda penting
ini jadi saya rasa sangat yakin untuk berada dalam zaman keseriusan ini. Saya
berharap zaman keseriusan ini berakhir dengan zaman kegembiraan dan keriangan
dan keceriaan dan kehappian dan kesenangan dan keindahan dan kesemua yang
baik-baik…
Mari cari masalah.... |
***Jangan gunakan jalan pintas untuk mendapat kejayaan
kerana jalan pintas itu tidak mampu membina seribu kenangan manis dimasa akan
datang…
***Kebodohan yang pernah kita buat pada masa silam menjadi
kenangan yang sangat manis pada masa akan datang…