Aku bukan seorang pendengar yang setia…
Kerana aku tidak mampu untuk mendengar semua luahanmu teman…
Aku bukan seorang yang mudah mengingati…
Kerana aku tidak dapat mengingati semua kenangan kita lalui
bersama teman…
Aku bukan seorang yang jelas penglihatannya…
Kerana aku tidak mampu untuk melihat engkau setiap masaku
teman…
Aku bukan seorang penasihat yang baik…
Kerana aku tidak mampu untuk sentiasa menasihatimu teman…
Aku bukan seorang yang boleh memberi kata-kata semangat…
Kerana aku tidak ada peluang untuk menuturkannya teman…
Aku bukan seorang peneman yang bagus…
Kerana aku tidak sentiasa bersamamu teman…
Aku bukan seorang teman yang sempurna…
Kerana aku bukan satu-satunya temanmu…
Aku menghargai persahabat kita yang terjalin selama ini
walaupun banyak halangan dan rintangan kita tetap bersama. Aku bukan sahabat
yang terbaik buatmu kerana aku tidak mampu untuk sentiasa berada disisimu. Aku
hanya mampu berdoa semoga ikatan persahabatan ini berkekalan selamanya.