Monyet merupakan seekor binatang yang suka bergayut. Kenapa
bergayut? Ini bukan isu yang ingin kita bincangkan. Apa yang menjadi isunya
sekarang ialah... Kenapa dan mengapa monyet2 ini menceroboh bilik2 siswi?
Masalah yang menarik perhatian untuk dijadikan kajian:
1) Kenapa monyet2 ini menceroboh masuk ke
bilik2 asrama siswi.
2) Apa yang menjadi daya tarikan monyet2 ini
untuk datang ke asrama siswi.
3) Bagaimana untuk mengatasi @ menyelesaikan
masalah monyet2 ini.
Objektif kajian ini:
1) Mengenal pasti tahap keselamatan penghuni2
di asrama siswi yang sering diganggu monyet.
2) Mengkaji faktor2 yang menjadi daya tarikan
bagi monyet ini untuk datang ke asrama siswi.
Skop kajian:
Secara logiknya, kajian ini dijalankan di kawasan asrama yang
diganggu monyet itu tak kan nak kaji kawasan rumah setinggan pula. Semua bilik
di bangunan asrama siswi yang diganggu monyet sebab senang kaji satu bangunan
terus kan.
Kepentingan kajian:
Kepada siswi
Siswi dapat mengetahui sebab2 mengapa monyet ini menyerang asrama
mereka.
Kepada orang awam
Orang awam dapat menjadikan kajian ini sebagai bahan bacaan yang
berguna selain mendapat serba sedikit pengetahuan.
Kepada aku
Aku dapat menyelesaikan masalah ini yang mengganggu junior2 aku
yang tinggal di asrama siswi.
Metodologi Kajian
Secara betul dan tidak tipu, kajian ini mengandungi beberapa
langkah antaranya:
Data2 Kaji Selidik
Dapat dilihat didalam carta pai diatas, faktor2 yang menyebabkan
monyet ini memilih asrama siswi sebagai tempat pelancongan/ kawasan riadah mereka kerana tong sampah yang berada berhampiran dengan asrama siswi ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat 3 lagi faktor2 lain yang menarik perhatian
monyet2 ini untuk datang ke asrama siswi antaranya:
1) Monyet ini mencari cinta.
2) Mencari siswi yang pandai mekap/ melawa.
3) Ingin berkawan.
Ketiga-tiga faktor ini dapat dikatakan betul dengan tersebarnya
beberapa keping gambar di google image. Tak percaya, tengolah buktinya melalui
gambar ini…
Cadangan
Dinasihatkan kepada siswi2 semua janganlah bercinta-cinta monyet
kerana monyet2 ini sangat setia dengan cinta mereka. Selain itu, janganlah
memakai mekap yang tebal2 yang boleh menarik perhatian monyet2 ini untuk
belajar mekap daripada anda. Akhir sekali, jadikanlah monyet2 ini kawan anda.
Berkongsilah bilik yang anda terpaksa bayar mahal dengan monyet ini sekiranya
anda tidak mahu mengunci pintu dan tingkap sebab nak sangan pengudaraan yang baik.
Rumusan
Semua masalah ada penyelesaiannya cuma kita perlu berfikir secara
rasional dan berhemah untuk menyelesaikan masalah itu. Jangan bertindak terlalu
melulu tanpa memikirkan akibat dan risiko yang terpaksa dihadapi di kemudian
hari.