Monday, December 15, 2014

mutiara yg mengalir...

Assalamualaikum...

" Korang adik beradik manja sebab mak ayah terlalu manjakan korang sangat." <--- ayat daripada seseorang yg dirahsiakan namanya sebab aku dah tak ingat siapa yg cakap macam nie dekat aku. Yg aku pasti, orang tu kenal kami adik beradik dan kenal mak ayah kami.

Hari nie aku nak jawab ayat dekat atas tu...
"Ya, memang aku manja. Bukan aku je, adik beradik aku pun semua manja-manja sebab mak ayah kami layan kami dengan cukup kasih sayang. Tiada yg kurang dalam didikan mereka. Pernah je kami dimarah, dipukul, dikurung, dihambat, dirotan tapi saat kami membuat @ mendapat sesuatu yg cemerlang dan membangakan... kami akan dihargai... Walaupun hanya mendapat tempat pertama dalam pertandingan silang kata peringkat darjah 6 kami masih diraikan. Sekadar saguhati pertandingan coral speaking tetap disambut. Hanya berjaya dapat kredit dalam SPM dengan satu A, masih juga diberi kata semangat. Tiada apa yg kurang dengan layanan mak dan ayah...

Sepuluh orang terlalu ramai untuk diberi perhatian dan terlalu banyak ragamnya. Melihat mak macam mana berusahanya tidak membeli dan memakan rambutan didalam rumah hanya kerana anak sulungnya tidak suka rambutan. Saat hari raya korban, ayah masih ke kedai mencari ikan, udang, sotong dan ayam hanya kerana anak tengah-tengahnya tidak makan daging. Saat adik beradik yg lain inginkan satay, mak dan ayah turut membelikan nasi goreng ayam khas buat anaknya yg tidak makan satay. Diwaktu teringin memakan buah mata kucing, dicuba elakkan memakannya saat anak lelaki kedua mereka ada dirumah. Setiap hari akan ada sahaja lauk kicap walau pun jemu namun menu itu seolah-olah wajib ada setiap hari kerana si gadis kecil sukakannya. Sentiasa dibelinya keledek dan jagung, kesukaan anak lelaki kedua bongsu dan anak gadisnya ketiga. Kari ayah yg dimasak tidak terlalu pedas walaupun hakikatnya semua yg dewasa sukakan pedas demi menurut citarasa anak lelaki bongsu mereka. Paling tabah, mak dan ayah terpaksa sembunyikan telur dan berpuasa daripada makan telur hanya kerana tidak mahu anak gadis kesayangannya mengamuk (that me....hihihi).

Sebab didikan yg sempurna itulah aku cepat menitiskan mutiara jernih air mata ini saat diri terasa sangat tertekan dan marah. Kemarahan yg teramat sangat boleh membuatkan aku menangis teresak-esak seperti babi yg baru lahir kelaparan susu. Saat terpaksa menanggung sakit walaupun hanya demam dan selsema juga boleh membuatkan aku menangis. Oh, manjanya diri ini... kerana aku memang terbiasa dimanjakan...

Nota: Sayang mak abah sampai bila-bila. Semoga aku boleh menjadi sesabar dan setabah mak dan abah yg sabar dan tabah melayan kerenah anak-anaknya... Abah lagi sabar sebab nak kena layan kerenah guru-gurunya, pelajar-pelajarnya, anak-anaknya, cucu-cicitnya dan saudara maranya... Saya bangga ada Mak & Abah yg penyayang...