Thursday, October 24, 2013

Jubah merah, topi kotak hitam...

Salam...

Alhamdulillah, akhirnya aku kembali sekali lagi melangkah megah di atas pentas dewan DSI untuk mengambil sekeping sijil yang menyatakan aku telah tamat menghabiskan pengajianku di peringkat master dalam bidang pengurusan aset dan fasiliti.

Kegembiraan ini aku kongsikan bersama adikku yang juga sama2 menjadi jemputan rasmi di majlis convocation ke 51. Walaupun hari kami berbeza namun kemeriahan diraikan sama sahaja. Tidak kiralah hari pertama atau kedua, kerana kedua-duanya mempunyai keunikannya yang tersendiri.

jubah merah + topi kotak hitam

Jubah merah, topi kotak hitam...
- bukan semua orang berpeluang pakai tapi semua orang mampu memakainya jika berusaha...-


Bersama meraka yang sentiasa mendoakan kejayaan ini.
(Mak & Abah) 
Bak kata pak lang, " Posing banyak2, nanti nyesal. Sewa jubah tu mahal.". Oleh sebab itu, aku dan adik aku pun bawalah mak dan abah untuk bergambar bersama jubah merah dan topi kotak hitam itu ke kota A'famosa. Ok, dekat situ ramai pula orang yang nampak. Dan....banyaklah ucapan taniah yang dilemparkan oleh mereka yang lalu dekat-dekat dengan kami. Kami hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

Tahniah buat adikku yang bakal menamatkan zaman persekolahannya tidak lama lagi. Tahniah juga sebab berjaya belajar di MRSM selama 5 tahun. Cipta rekod dalam keluarga, dia sorang je yang berjaya bertahan lama di sekolah asrama...yang lain2 tak sampai sebulan dah mintak tukar sekolah...

Tahniah Najmi... =)


* sangat teruja ingin naik pentas dan jumpa kawan2 lagi...

Friday, October 4, 2013

Pencuri...

Salam...

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku 
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi 
Di setiap sudut mindaku

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu

Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari darjah satu
Darjah satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa

Kan ku kembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu

Kau tak perasan ku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari darjah satu
Darjah satu
Dari darjah satu
Aku suka kamu

Wah... sweet sangat, ada peminat yang setia dari darjah satu tu. Tapi...lagi sweet kalau mereka berdua ke jinjang pelamin dan kemudia lelaki itu kemukakan lagu nie pada perempuan itu pada majlis perkahwinan mereka. Wah...sweetnya, dari darjah satu tu... dan sweet juga sebab perempuan tu pun still tunggu lelaki itu.
(Berangan-angan untuk dapat lelaki yang sweet dan setia macam nie... hehehe...)


Persoalannya:
Adakah aku akan terima sekiranya dia benar2 wujud???
Mampukah aku setia seperti mana setianya dia???
Jika ia benar, sweetkah reality itu???