Saturday, March 20, 2010

Malam kebudayaan dekat Gunung Datuk

Drama pendek yang diolah balik. Drama nie aku dan ahli kumpulan aku lakonkan waktu kitaorang pergi dekat Gunung Datuk minggu lepas. Oklah, kami ambil masa tak sampai setengah jam utk fikir persmbahan nie. Tanpa latihan kami terus je berlakon.

Maafkan Azim…

BAB 1

Disebalik blok kelas yang agak tersorok, terdapat beberapa pelajar sekolah sedang menghisap rokok sambil bersembang sesame mereka.

Nazmi: Hoi, Azim. Mak kau tau tak kau buat benda-benda macam nie?
Azim: Nak mampus kalau mak aku tahu. Teruklah aku kena belasah dengan bapak aku nanti.
Shah: Alaaa...relax ar. Mak bapak aku pun tak tahu gak. Diaorang tu manalah nak amik tahu pasal aku nie.
Azim: Ha’alah. Buat relax sudah.

Sedang mereka bertiga asyik bersembang tiba-tiba datang dua orang pengawas yang sangat terkenal dengan ketegasannya.

Zul: Apa korang buat dekat sini ha? (jerit pengawas itu dengan suara lantangnya)
Azim: Yang kau sibuk nie kenapa? Asal kau nak join? (selamba azim munuturkannya kepada kedua-dua pengawas itu tanpa rasa takut dan hormat)
Shahril: Azim, kau tak serik-serik lagi ke? (ujar pengawas yang sorang lagi pula)
Azim: Lantak akulah nak serik ke tidak. Kau sibuk nie kenapa? (ujar azim separuh menjerit kepada pengawas-pengawas itu)
Zul: Jomlah Shahril, tak guna kita layan mereka nie. Azim, aku akan bagi nama kau dekat Cikgu Leha.
Azim: Ada aku kesah.

Zul dan Shahril terus melangkah meninggalkan mereka untuk masuk ke kelas. Sebelum melangkah ke kelas mereka sempat lagi singgah di bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Leha. Mereka melaporkan semua perbuatan Azim dan kawan-kawannya kepada Cikgu Leha memandangkan Cikgu Leha adalah cikgu yang bertugas untuk minggu itu.

***---***

BAB 2

Di bawah pondok dihadapan bilik guru kelihatan seorang guru sedang berbual dengan seorang pelajarnya.

Cikgu Leha: Azim. Saya dapat tahu kamu merokok lagi pagi tadi dekat belakang blok makmal sains. Betul ke? (lembut Cikgu Leha bertanya kepada pelajarnya)
Azim: Ya cikgu (menjawab sambil menundukkan kepalanya menghadap tanah)
Cikgu Leha: Dah banyak kali cikgu nasihatkan kamu, tapi kenapa kamu masih merokok lagi? Kamu tahu tak yang rokok tu boleh merosakkan badan kamu.
(Azim hanya diam mendengar kata-kata Cikgu Leha itu)
Cikgu Leha: Azim, mari ikut saya.

Azim hanya mengikut sahaja Cikgu Leha daripada belakang. Dia sendiri tidak tahu kemana Cikgu Leha hendak membawanya. Akhirnya Cikgu Leha berhenti melangkah sebaik sahaja sampai dihadapan bilik kaunseling. Azim turut berhenti dan memerhati gurunya mengetuk bilik kaunseling itu dan berbual-bual dengan Cikgu Munie. Cikgu Munie merupakan salah seorang guru kaunseling disekolahnya yang sangat tegas dan garang. Cikgu Munie hanya mengangguk dan memandang Azim sebaik mendengar apa yang disampaikan oleh Cikgu Leha. Kemudiannya, Cikgu Leha meninggalkan aku bersama Cikgu Munie. Cikgu Munie mempelawa aku masuk kebiliknya.

Cikgu Munie: Muhammad Azim bin Muhammad Hanif.
(Azim hanya mengangguk sebaik sahaja nama penuhnya disebuat oleh cikgu kaunseling itu.)
Cikgu Munie: Kamu merokok lagi pagi tadi?
(Azim hanya mengangguk)
Cikgu Munie: Azim, azim. Kenapa kamu jadi macam nie? Apa masalah kamu sebenarnya? (Lembut suara Cikgu Munie bertanya dalam ketegasan)
Azim: Saya...ada masalah sikitlah cikgu....
Cikgu Munie: Apa masalah kamu? Kamu ingat dengan merokok dan ponteng kelas tu masalah kamu boleh selesai? (tegas nada suara cikgu kaunseling itu)
Azim: Saya.....
Cikgu Munie: Azim, nie bukan kali pertama kamu ditangkap sebab merokok dan ponteng kelas tapi dah banyak kali. Ini last warning daripada saya. Saya akan hantar surat pada ibubapa kamu.
Azim: Cikgu janganlah hantar surat pada ibubapa saya.
Cikgu Munie: Itu saja cara yang saya ada untuk membantu kamu.

Azim melangkah dengan berat meninggalkan bilik kaunseling itu.

***---***

BAB 3

Di sebuah warung di tepi jalan kelihatan beberapa orang lelaki bersama dengan motor mereka sedang bersembang dan merokok.

Nazmi: Hoi, Azim. Asal dengan kau nie?
Azim: Aku kena panggil dengan cikgu kaunseling tadi. Dia nak hantar surat last warning dekat makbapak aku. (ujarnya dengan wajah yang risau)
Nazmi: Hoi, relax ar. Surat tu kan belum sampai kat mak bapak kau lagi. Jom kita enjoy dulu.
Nazmi menghulurkan sebotol air setan kepada Azim. Azim menyambutnya dan melagakan botol itu dengan botol yang dipegang oleh Nazmi sebelum meneguknya.
Azim: Mie, Shah mana? Tak join ke malam nie.
Nazmi: Oh, dia ada hal ar. Bapak dia tak bagi dia keluar. Jom race…
Azmi: Jom
Nazmi dan Azim menunggang motosikal mereka dalam keadaan yang mabuk akibat daripada air setan yang diminumnya tadi. Sedang mereka leka membuat pelbagai aksi diatas motosikal mereka tiba-tiba kelihatan sebuah kereta peronda polis meluncur laju menahan kedua-dua motor mereka. Azim tidak dapat lari dan tertangkap.

***---***

BAB 4

Azim yang diiringi oleh dua orang polis berdiri dihadapan sebuah rumah kayu agak terpinggir dari rumah-rumah yang lain. Salah seorang polis itu mengetuk pintu papan itu bersama salam. Beberapa saat kemudian munculnya seorang wanita separuh abad disebalik pintu kayu itu. Wanita itu kelihatan terkejut melihatkan anaknya yang sudah bergari tanggannya. Beberapa minit kemudian, keluar seorang bapa yang turut terkejut dengan kedatangan dua orang polis itu.

Bapa: Kenapa dengan anak saya nie encik?
Polis: Anak encik ini terlibat dengan lumba haram dan memandu dalam keadaan mabuk.
Ibu: Azim.....(terus terduduk)
Bapa: Azim kenapa kau jadi macam nie? Tak cukup lagi ke kasih sayang yang aku bagi pada kau selama nie?
Azim: Aku nak bebas. Azim rimaslah dengan ibu dan abah selama nie. Azim nak kehidupan yang bebas. (jerit azim kepada bapanya)
Bapa: Azim....(bapanya memegang dadanya dan kemudiannya rebah ketanah)
Ibu: Abang......(sambil memangku suaminya)
Amir dan Azmir yang hanya melihat ibu bapanya memarahi abangnya sedari tadi terus berlari mendapatkan bapanya. Mereka menangis teresak-esak disamping bapanya yang kini sudah tidak bernyawa. Azim yang terkejut terus menghampiri bapanya.
Azim: Abah.....maafkan Azim. Abah......jangan tinggalkan Azim. Abah.....Azim minta maaf, Azim janji tak buat lagi.....(Azim menangis disisi bapanya)

***---***